
Saksikan filem komedi '5 Bomoh' arahan Syed Fariz akan ditayangkan di pawagam bermula 4 Jun 2026. Filem ini tampil dengan gabungan pelakon popular tempatan seperti Aaron Aziz, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Johan Raja Lawak, Aedy Ashraf, Afdlin Shauki dan ramai lagi.
5 Bomoh
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 4 Jun 2026
Lakon Layar: Fairul Nizam Ablah
Pengarah: Syed Fariz
Produksi: Global Station Skop Productions, Primeworks Studios
Watak Pelakon
Aaron Aziz sebagai Rashdan
Scha Alyahya sebagai Sakinah
Ungku Hariz sebagai Alam
Tiara Suraya Rose sebagai Nisa
Khairy Jamaluddin sebagai Mr. K
Afdlin Shauki sebagai Bomoh Mbah Slamet
Amy Search sebagai Bomoh Alami
Johan Raja Lawak sebagai Bomoh Siam Semchai
Aedy Ashraf sebagai Bomoh Dr. Neo
Ozlynn Waty sebagai Bomoh Ngok Tawong
Yusof Haslam
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Temberang
Penyanyi: Mimifly
Komposer: Mimifly, Cuurley
Lirik: Mimifly
Sinopsis 5 Bomoh
Mengisahkan Rashdan, seorang ahli perniagaan yang terlalu percaya kepada amalan tahyul warisan keluarga. Berbeza dengan isterinya, Sakinah, yang lebih berpaksikan sains dan doa sebagai jalan utama dalam kehidupan
Konflik mula jadi lebih tegang bila anak mereka, Nisa, gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM. Rashdan yang terlalu obses mahu anaknya sambung belajar ke luar negara akhirnya mengambil keputusan ekstrem membawa keluarganya menjelajah seluruh negara mencari bomoh terbaik demi memastikan keputusan SPM anaknya berubah.
Tapi macam biasa, bila terlalu terdesak, ramai pula “penyelamat” muncul. Sepanjang perjalanan itu, mereka bertemu pelbagai bomoh dan dukun pelik yang rupanya hanya scammer mengambil kesempatan terhadap ketakutan dan harapan orang lain.
