
Nantikan drama bersiri 'Kasih Yang Terkorban' adaptasi daripada siri telenovela 'Love of My Life (Devuelveme La Vida)' bakal disiarkan di slot Tiara, Astro Prima bermula 13 Julai 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Drama rantaian 60 episod terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin bersama Que Ari Azhari. Dibintangi oleh Fasha Sandha, Johan As'ari, Josiah Hogan, Badron Munirah dan Sharmaine Alexander.
Kasih Yang Terkorban
Episod: 60
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Saluran: Astro Prima 105
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Skrip: Adib Zaini, Pahzai Al-Khaired, Norsyiella Annuar, Najmie Maziez, Nur Insyirah
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin & Que Ari Azhari
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Fasha Sandha sebagai Mariana
Johan As'ari sebagai Johari
Josiah Hogan sebagai Dollah
Dato Jalaludin Hassan sebagai Dato Affian
Badron Munirah sebagai Johan
Sharmaine Alexander sebagai Sara
Hakimi Noordin sebagai Aiman
Ezu Hashim sebagai Sofea
Kuna Muzani sebagai Vanidah
Rahhim Omar sebagai Ghani
Qazem Nor
Zarina Zainoordin
Alyssa Azmi
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bulir Darahku
Penyanyi: Amira Othman & Hazama
Komposer: Farouk Roman
Lirik: Sissy Imann
Sinopsis Kasih Yang Terkorban
Cinta terlarang antara pewaris dan anak pekerja musnah akibat ketamakan dan darjat, namun dua puluh tahun kemudian, kemunculan semula rahsia silam membongkar rahsia kehilangan anak, pengkhianatan keluarga dan dendam yang masih membara.