KUDRAT 1968: High Council (2026)

KUDRAT 1968 High Council

Nantikan siri drama premium Astro Originals bertajuk KUDRAT 1968: High Council bermula 11 September 2026 di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Penonton juga boleh strim melalui platform Netflix, Astro GO atau sooka.

KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council. Naskhah ini menggabungkan penceritaan dalam dua format berbeza iaitu siri premium empat episod sebelum pelancaran filemnya di pawagam seluruh Malaysia pada tahun ini.

KUDRAT 1968: High Council diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama pengarah muda Khairi Asyraff.  Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama rakan penerbit ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures, HM Entertainment dan GSC, manakala produksi oleh PASAL Productions.

KUDRAT 1968: High Council

Episod: 4
Tarikh Tayangan: 11 September 2026
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Saluran: Astro Ria & Astro Citra
Platform Penstriman: sooka, Astro GO, Netflix
Penulis Skrip: Zulaikha Zakaria
Pengarah: Zulaikha Zakaria & Khairi Asyraff
Terbitan: Astro Shaw
Produksi: PASAL Productions

Watak Pelakon
Zarif Ghazzi sebagai Abbas
Mierul Aiman sebagai Kuda
Akmal Asyraf sebagai Piji
Dai Fuad sebagai Pa
Evertts Gomes sebagai Ghafari
Chech Harith sebagai Mazli

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Manifestasi
Penyanyi: Sharul Kamal

Sinopsis KUDRAT 1968: High Council

Abbas memasuki KUDRAT untuk membantu adiknya, namun kini berdepan dengan nama ayahnya yang abaikannya dulu, Ungku Deramat. Di KUDRAT, Abbas terperangkap dalam dunia yang dibahagi oleh darjat.