
Nantikan drama terbaharu Viu Original bertajuk Bayangan Dendam akan disiarkan bermula 22 Oktober 2026, setiap hari Khamis dan Jumaat pukul 12 tengah hari. Drama 12 episod terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Helmi Yusof. Dibintangi oleh Nadhir Nasar, Erysha Emyra dan Sophia Albarakbah.
Bayangan Dendam
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2026
Waktu Siaran: Khamis - Jumaat, 12:00 tengah hari
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Naqib Othman
Penulis Skrip: Mickey Sharum, Aina Izzah, Syaruk Kamal, Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Helmi Yusof
Produksi: Global Film Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Nadhir Nasar sebagai Farhan
Erysha Emyra sebagai Ariana
Sophia AlBarakbah sebagai Melissa
Emelda Rosemila sebagai Hanim
Yusuf Bahrin sebagai Insp Daniel
Mia Nasir sebagai Azura
Faha Azhar sebagai Kpl Karim
Azlan Mokhtar sebagai Bujang
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Dendam Dalam Luka
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer & Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh
Sinopsis Bayangan Dendam
Cinta tiga segi di antara Melissa, Ariana dan Farhan bertukar menjadi tragedi apabila kematian Melissa membongkar pengkhianatan yang dirahsiakan.
Kisah bermula apabila Melissa meminta sahabat baiknya, Ariana, untuk memerhatikan teman lelakinya, Farhan, sepanjang lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara. Ariana yang kebetulan belajar di universiti sama bersetuju membantu Melissa tanpa pengetahuan Farhan.
Namun, apa yang bermula sebagai satu pertolongan akhirnya membawa kepada situasi yang tidak dijangka apabila Ariana dan Farhan saling jatuh cinta.
Kecewa dengan pengkhianatan dua insan yang paling dipercayainya, Melissa terpaksa mengharungi kenyataan pahit dan cuba meneruskan kehidupannya. Dalam masa yang sama, hubungan Farhan dan Melissa menjadi semakin rumit, manakala Ariana mula mengesyaki mereka masih mempunyai hubungan sulit.
Segalanya berubah apabila Melissa ditemukan meninggal dunia dalam keadaan yang pada awalnya disyaki sebagai kes bunuh diri.
Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku kepada Melissa? Adakah kematiannya mempunyai kaitan dengan hubungan cinta yang penuh pengkhianatan itu, atau ada rahsia lain yang masih belum terbongkar?
Terperangkap antara cinta, kesetiaan dan cita-cita, Ariana, Farhan serta individu di sekeliling mereka terpaksa berdepan dengan akibat daripada pilihan masing-masing.