Drama Aku Hanim

Aku Hanim

Saksikan Aku Hanim siri mengenai seorang wanita cuba mengatasi PTSD-nya menggunakan seni mempertahankan diri. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Uzair Haqimy. Menampilkan pelakon seperti Sofia Dendroff, Jaz Khan, Elisya Sandha, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Aku Hanim akan ditayangkan di Astro Ria bermula 6 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam.

Aku Hanim

Episod: 16
Tarikh Tayangan: 6 September 2023
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Idea Asal: Puan Hjh Sheila Rusly
Penulis Skrip: Ayuni Zamani
Pengarah: Uzair Haqimy
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd

Lagu OST: Aku Fighter - Razzuan Rosli feat Siqma & DMent Si Lain

Watak Pelakon
Sofia Dendroff sebagai Hanim
Elisya Sandha sebagai Cobra Natalia
Jaz Khan sebagai Syakir
Syaidatul Afifah sebagai Zara
Razzuan Rosli sebagai Nick The Bulldog
Zizi Zulkifli sebagai Laila
Haeriyanto Hassan sebagai Sabri
Norreen Iman sebagai Hazo
Andy Teh sebagai Budi

Sinopsis Aku Hanim

Hanim cuba mengubah kisah hidupnya dengan melarikan diri dari rumahnya selepas didera secara seksual oleh bapanya. Dia kemudian menyertai perlawanan Tinju yang menunjukkan potensi dirinya yang sebenar, tetapi dia perlu berdepan dengan pelbagai halangan untuk mencapai impiannya menjadi seorang peninju yang hebat.

Aku Hanim