Drama Suamiku Anak Mak

Suamiku Anak Mak

Nantikan drama Suamiku Anak Mak adaptasi daripada novel karya Hash Aulia akan menemui penonton menerusi slot MegaDrama bermula 26 October, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan aplikasi sooka. Drama terbitan Suhan Movies & Trading dibawah arahan Nur Ain Sharif. Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Izzue Islam dan Dian P. Ramlee.

Suamiku Anak Mak

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Saluran: Astro Ria 104
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Penulis Skrip: Baizura Kahar, Bainun Waheeda, Keen, Adib Zaini, Mike Alias, Hafiz Abu Bakar
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Keith Foo sebagai Haris
Emma Maembong sebagai Zaraa
Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha
Izzue Islam sebagai Ashraf
Ady Mohammad sebagai Kimi
Farah Nadiah sebagai Elly
Elisa Chew sebagai Hani
Zulkifli Ismail sebagai Pak Leman
Raja Azmi sebagai Rokiah
Nadya Syahera sebagai Lina
Mejelyna sebagai Alya

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Selesa
Penyanyi: Hael Husaini

Sinopsis Suamiku Anak Mak

Mengisahkan tentang Zaraa (Emma Maeombong) yang berkahwin dengan Haris (Keith Foo) atas dasar cinta dan impian memiliki keluarga bahagia.

Namun selepas berkahwin, Zaraa baru menyedari bahawa suaminya itu merupakan seorang "anak mak". Kehidupan rumah tangga mereka sering dicampuri oleh ibu Haris, Mak Leha yang sentiasa menjadi keutamaan suaminya. 

Konflik mula meruncing apabila Haris gagal bertindak adil dalam membahagikan tanggungjawab serta kasih sayang antara ibu dan isterinya, malah timbul juga syarat untuk mereka tinggal sebumbung bersama mak mentua.

Apabila segala pengorbanan Zaraa tidak dihargai, dia terpaksa membuat pilihan besar sama ada mahu mempertahankan cintanya atau menjaga maruahnya sendiri.