Astro menerusi Gempak kini mempersembahkan siri terbaharu berkonsepkan ‘spy’ dengan sisipan plot yang menghiburkan kepada para penontonnya menerusi ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’.
Siri ini mendapat sentuhan sutradara Norhanisham Muhammad atau dikenali sebagai ‘Labu’ dengan hasil skrip tulisan Sham Hashim yang juga bertindak sebagai showrunner.
‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’ terbitan Arie Zaharie Productions akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2023, setiap Khamis jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
B.A.R.I.S.T.A Misi Terpaling Sulit
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2023
Waktu Siaran: Khamis, 11.00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Sham Hashim
Pengarah: Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi: Arie Zaharie Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Sheryy Al Hadad sebagai Ejen M
Kamal Adli sebagai Ejen G
Nadia Brian sebagai Ejen K
Emelda Rosemila sebagai Senator Salbiah
Khir Rahman sebagai Kapten Hali
Luqman Hafidz sebagai Pesot
Mek Yun sebagai Onot
Zarul Husin sebagai Kapten W
Arie Zaharie sebagai Markonah
Aziz M Osman sebagai Pak Ngah
Sinopsis BARISTA Misi Terpaling Sulit
Badan Anti Radical Insurgent Teroris Andorsia atau dikenali sebagai B.A.R.I.S.T.A ialah sebuah agensi perisikan Andorsia, sebuah negara Komanwel fiksyen yang sering terlibat dengan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa.
Ketika menjalani sebuah misi untuk menghapuskan KURAP (Kumpulan Radikal Pemisah Andorsia Selatan) yang ingin mengancam Andorsia, Ejen K telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.
Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee, seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini. Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan. Ejen K dituduh sengaja ditangkap kerana mahu belot pada agensi mereka.