Drama Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Nantikan drama Sepenuh Hati Rindu bakal menemui penonton bermula 27 Oktober 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal menerusi platform penstriman tonton. Drama arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan gandingan Farah Nabilah, Shahz Jaszle dan Razzuan Rosli sebagai teraju utama.

Sepenuh Hati Rindu

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Idea Asal: Adza Emie
Penulis Skrip: Adza Emie, Panel Skrip Jaja Ishak Channel
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Jaja Ishak Channel Sdn Bhd

Watak Pelakon
Farah Nabilah sebagai Sumayyah
Shahz Jaszle sebagai Imran
Razzuan Rosli sebagai Luth Mikael
Sayf Mikael sebagai Qalifah Dani
Syafie Naswip sebagai Hakim
Raja Azmi sebagai Hajah Rosnah
Adam Corrie sebagai Hasnol
Hazrat Muaz sebagai Hazrat
Zarynn Min sebagai Linda
Dottie sebagai Kalsum
Zalfa Zin sebagai Fiza
Ira Malik sebagai Dr Sofia
Syahidah Sapiee sebagai Kiah Berdepa
Zalela Mokyam sebagai Kicap
Aleeya Farisya sebagai Lila
Naim Khamis sebagai Imam Jalil

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Katamu Sekejap
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli & Iqie Hugh
Lirik: Haqiem Rusli & Jaja Ishak

Sinopsis Sepenuh Hati Rindu

Mengisahkan Summayah (Farah Nabilah), seorang wanita berjiwa kental yang mendirikan rumah tangga bersama Imran (Shahz Jaszle), seorang pemuda yatim piatu yang gigih membuktikan cintanya. Namun, kebahagiaan yang baru mereka kecapi musnah apabila Imran dilaporkan hilang dan dianggap telah meninggal dunia dalam tragedi bot karam ketika menyertai misi dakwah di Batam.

Kehilangan suami ketika dirinya sarat mengandung menjadi titik hitam dalam kehidupan Summayah. Selepas melahirkan anak mereka, Qhalifah Dhany (Sayf Mikael), dia mengalami tekanan emosi dan kemurungan yang teruk sehingga memerlukan bantuan untuk memulihkan keadaan dirinya. Demi mendapatkan semula kekuatan dan kestabilan emosi, Summayah dihantar ke pusat terapi Baiti Syifa. Di situlah dia bertemu dengan Luth Mikael (Razzuan Rosli), seorang pakar terapi yang memiliki karisma tersendiri.

Kehadiran Luth secara perlahan-lahan menjadi tempat Summayah bergantung dari segi emosi. Hubungan mereka kemudiannya berkembang menjadi satu ikatan baharu, sekali gus membuka lembaran berbeza dalam kehidupan Summayah.

Namun, mampukah hubungan itu menyembuhkan luka lama yang ditanggungnya? Atau adakah ikatan baharu tersebut bakal membawa Summayah berdepan dengan ujian yang jauh lebih berat daripada kehilangan yang pernah dialaminya?