Drama Sumpahan Mencintai

Sumpahan Mencintai

Nantikan drama Sumpahan Mencintai adaptasi daripada novel karya Ieya Sya bakal mengisi slot MegaDrama bermula 14 September 2026 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 Malam di Astro Ria melalui Astro X3 atau aplikasi sooka. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd, diarahkan oleh Rashid Sibir. Menampilkan lakonan hebat daripada Niezam Zaidi, Siti Hariesa, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

Sumpahan Mencintai

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 14 September 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Saluran: Astro Ria 104
Platform Penstriman: Astro Go, sooka
Penulis Novel: Ieya Sya
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Niezam Zaidi sebagai Zakief
Siti Hariesa sebagai Akiera
Nafiez Zaidi sebagai Zarif
Yuna Rahim sebagai Hanim
Uyaina Arshad sebagai Natasha
Dilla Ahmad sebagai Hazrah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Takkan Pernah
Penyanyi: Hussain

Sinopsis Sumpahan Mencintai

Mengisahkan tentang Akiera (Kiera) yang menanggung penderitaan emosi yang amat berat setelah hidupnya musnah dibayangi oleh kata-kata 'sumpahan' daripada ibunya sendiri akibat keceloparan mulutnya. 

Tiga tahun berlalu selepas kata-kata ibunya, hidup Akiera benar-benar hancur. Tiada lagi tawa, yang ada hanyalah senyuman palsu yang menyembunyikan wajah pucat tanpa solekan serta rahsia besar yang dipendamnya. Selepas kematian ibunya, Akiera pulang ke kampung halaman untuk memohon kemaafan. 

Bagaimanapun, kepulangannya disambut dengan kemarahan ibu saudaranya (Mak Ngah) yang berang kerana dia tidak pulang sewaktu pengebumian ibunya. 

Keadaan menjadi lebih parah apabila Akiera terpaksa berhadapan dengan Zakief, seorang lelaki yang menyimpan dendam kesumat serta kebencian yang mendalam terhadapnya. 

Zakief menyalahkan Akiera atas segala yang berlaku tanpa menyedari pengorbanan dan penderitaan sebenar yang dilalui wanita itu di sebalik ketabahannya.