Drama Gadis Muzikal (TV3)

Gadis Muzikal

Saksikan drama Gadis Muzikal menerusi slot Lestary , bakal bersiaran pada 17 Ogos 2023 setiap hari Khamis hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara eksklusif di www.tonton.com.my. Drama terbitan Zeel Production ini merupakan hasil karya Irwan Mansor dan diarahkan oleh Kyroll Hamzah.

Gadis Muzikal

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2023
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Irwan Mansor
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Khodi sebagai Shikin
Fiza Thomas sebagai Una
Tika Nasir sebagai Afia
Aisha Retno sebagai Melly
Serene Claire sebagai Lulu
Fauziah Ahmad Daud sebagai Miss J
Mark Adam sebagai Azwan
Azzarima Zawari sebagai Romlah
Ani Maiyuni sebagai Datin Haleda
Rahmad Mega sebagai Kurt
Nadia Kesuma sebagai Dian
Hafreez Adam sebagai Ben
Zuhairi Ibrahim sebagai Nayan
Ooi Liang Chia sebagai Kyle
Halmey Hamdah sebagai Dato Saiful
Izzrin Irfan sebagai Ezad
Yusra Akma sebagai Mimi
Aqmal Ramdan sebagai AG
Fath Hafeez sebagai Mat Rock
Iman Aneesa sebagai Amni
Mili Supina sebagai Pora
Fauziah Latiff

Lagu Tema (OST) 
Lagu: Untukmu (Versi 2023)
Artis: Aisha Retno, Fiza Thomas, Tika Nasir, Serene
Komposer: Norman Abdul Halim & Yusry Abdul Halim
Lirik: Norman Abdul Halim

Sinopsis Gadis Muzikal

Mengisahkan tentang perjuangan lima gadis yang mempunyai latar belakang berlainan, berjuang untuk mencapai impian mereka menjadi penyanyi terkenal.

Shikin (Khodi) merupakan seorang gadis kampung yang mempunyai impian tinggi untuk menjadi penyanyi terkenal. Setiap kali menyanyi, Ezad (Izzrin Irfan), yang merupakan rakan baiknya akan sentiasa merakam nyanyian Shikin dan muat naik ke dalam YouTube. Namun di setiap video hasilnya, Shikin terpaksa menutup wajahnya kerana ibu bapanya tidak merestui minatnya. Afia (Tika Nasir) pula merupakan rakan Shikin yang mempunyai perwatakan cantik dan ayu. Namun sikapnya yang ‘lurus bendul’ membuatkan dia sering dibuli oleh rakan di pejabatnya.

Sementara itu, Melly (Aisha Retno) pula merupakan seorang yang bijak dalam akademik dan mempunyai vokal yang sangat mengagumkan. Namun Melly tetap mempunyai halangan kerana paras rupanya yang unik. Sementara itu, Una (Fiza Thomas), seorang pekerja di kedai serbaneka merupakan seorang ibu tunggal dan bercita-cita untuk menjadi penyanyi rock terkenal untuk menyara anak dan makciknya. Lulu pula, (Serena Claire) adalah seorang yang tampak angkuh lagi bergaya seolah-olah seperti artis yang berpengalaman.

Pada suatu hari, Miss Jay (Fauziah Ahmad Daud) diarahkan oleh syarikat rakaman di Kuala Lumpur untuk mencari bintang muda bagi membentuk satu kumpulan bernama Angelz bertujuan untuk mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan penyanyi wanita tanah air. Miss Jay ingin memastikan program realiti itu menjadi program yang hangat dan sensasi di televisyen.

Iklan uji bakat Angelz mula diuar-uarkan. Berlatarbelakangkan keluarga dan jalan hidup yang berbeza, Shikin, Aifa, Una, Lulu dan Melly tidak lepaskan peluang masing-masing untuk mencuba nasib dengan menyertai sesi uji bakat. Setelah dinilai oleh Miss Jay, mereka berlima telah terpilih untuk menyertai program realiti ini, lalu mereka berlima telah ditempatkan di satu rumah banglo. Demi memastikan program realiti itu mendapat rating yang tinggi, mereka berlima diberikan tugas dan misi yang berbeza setiap minggu. Berjayakah mereka melaksanakan tugasan masing-masing? Sejauh manakah semangat juang mereka demi mengejar impian yang terpendam?

Gadis Muzikal