Drama Pemburu Rahsia (TV3)

Pemburu Rahsia

Saksikan siri suspen thriller terbaharu terbitan Zeel Production berjudul #PemburuRahsia diarahkan oleh Feroz Kader akan bersiaran mulai 5 September 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda, TV3 atau strim di tonton.com.my

#PemburuRahsia

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 5 September 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam  
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Marr Mohamad
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production
Lagu Tema (OST): Pemburu Rahsia - Rahmad Mega

Watak Pelakon
Intan Najuwa sebagai Aliya
Adam Lee sebagai Waiz
Scha Elinnea sebagai Marissa Damia
Haliza Misbun sebagai Suraya
Muaz Zabir sebagai Ikmal
Raff Roslee sebagai Syaqir
Kimberly Chuah sebagai Elijah
Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha
Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat
Fariz Isqandar sebagai Hakimy
Raden Zaharatul sebagai Bella
Kween Keela sebagai Nadine Ahmad
Dina Allysha sebagai Elisa
Izzulfaiq sebagai Koddy
Royce Iqram sebagai Daniel
Adwafri Shah sebagai Qoyyum
Azri Iskandar
Jesse Lim
Lydiawati

Sinopsis Pemburu Rahsia

Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan.  Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?