
Nantikan drama adaptasi novel 'Bulan Henti Bicara' karya Rissa Ahdiya akan menemui penonton menerusi slot MegaDrama Astro Ria bermula 27 Julai 2026, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Drama terbitan Treputree Sdn Bhd ini diarahkan oleh Eyra Rahman. Dibintangi Ezzanie Jasny, Ali Reza, Azhan Rani, Azar Azmi dan ramai lagi.
Bulan Henti Bicara
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10.00 malam
Saluran: Astro Ria
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Penulis Skrip: Baizura Kahar, Bainun Waheeda, Farzana Farisyah, Mike Alias,
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Treputree Sdn Bhd
Watak Pelakon
Ezzanie Jasny sebagai Zulfa
Ali Reza sebagai Afghan
Azhan Rani sebagai Jamali
Azar Azmi sebagai Faziah
Farah Ahmad sebagai Zainah
Hushairi Hussain sebagai Pak Karman
Qireen Din sebagai Nazif
Myra Afrina sebagai Dinah
Qaseh Izwandy sebagai Odah
Qaiyum Aiesha sebagai Mael
Nik Ramly sebagai Pak Meli
Qistina Rania sebagai Amira
Rafique Iskandar sebagai Alif
Kartina Aziz sebagai Mak Piah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Cuba Jadi Aku
Artis: Nadeera
Komposer & Lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh & Nadeera Zaini
Sinopsis Bulan Henti Bicara
Mengisahkan Zulfa (lakonan Ezzanie Jasny), seorang gadis daripada keluarga nelayan yang sanggup mengorbankan cintanya bersama Afghan (Ali Reza) demi berkahwin dengan pilihan bapanya, Jamali (Azhan Rani), seorang ahli perniagaan kaya yang disangka mampu menjamin masa depan lebih cerah.
Namun, kebahagiaan yang diharapkan bertukar menjadi mimpi ngeri. Di sebalik imej warak dan dihormati masyarakat, Jamali sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi. Selepas berkahwin, Zulfa terperangkap dalam hubungan yang dipenuhi manipulasi dan penderaan emosi, sekali gus memaksa dirinya menghadapi realiti pahit sebagai isteri kedua.
Konflik semakin memuncak apabila Zulfa tinggal sebumbung bersama isteri pertama Jamali, Faziah (Azar Azmi) yang dipenuhi rasa curiga dan permusuhan. Kemunculan Nazif (Qireen Din) yang menuduhnya sebagai perempuan kotor turut menambah luka Zulfa. Dalam diam, Zulfa memendam segala derita tanpa berani berkongsi dengan sesiapa, hanya meluahkan isi hati kepada bulan yang menjadi saksi kesepiannya.
Afghan kembali dengan membuka semula kisah silam yang belum selesai menambahkan kekusutan apabila salah faham dan prasangka terus menghimpit dirinya. Di tengah-tengah konflik antara cinta, keluarga dan maruah diri. Mampukah Zulfa mencari kekuatan untuk bebas dari seksaan Jamali dan Faziah? Apakah Zulfa menemui kebahagiaan dirinya dan cinta terhadap Afghan? Adakah dirinya mampu mencari kebahagiaan seperti bulan yang menyinar terang di langit?