Akad Tak Dipinta

Akad Tak Dipinta

Saksikan drama Akad Tak Dipinta adaptasi daripada novel karya Aalin Amily bersiaran mulai 30 Julai 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 atau strim di tonton , 24 jam sebelum tayangan di TV3. 

Akad Tak Dipinta

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 30 Julai 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Novel: Aalin Amily
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Kotak Cerita, Panel MIG
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Nasuha Sulaiman sebagai Seri Lidyani
Redza Rosli sebagai Seth Aliman
Darien Aeldra sebagai Ikhmal
Faa Zaini sebagai Harlyn
Haleeda Mazlin sebagai Kalida
Sharifah Shahora sebagai Mak Kiah
Aleza Shadan sebagai Mastura
Kween Keela sebagai Ana
Adil Luca sebagai Aiden
Nazaty Gina sebagai Elena
Zuhairy Ibrahim sebagai Dato Huzairi
Syerryfa Alhabshee sebagai Eton
Fendy Bakry sebagai Saif ALiman

Lagu Tema (OST)
Lagu: Kosong
Penyanyi: Aufahanie
Komposer & Lirik: Aiman Sidek & Hafiz Hamidun

Sinopsis Akad Tak Dipinta

Mengisahkan Seri (Nasuha Sulaiman), seorang akauntan yang masih trauma atas kehilangan cinta pertamanya, cuba membina semula hidupnya. Demi melarikan diri daripada perkahwinan yang mengongkong, Seri menerima lamaran Seth (Redza Rosli), majikannya yang dingin dan penuh rahsia.

Namun, ikatan pernikahan itu menjadi permulaan mimpi ngeri apabila Seri dijadikan mangsa dendam atas konflik masa lalu yang tidak diketahuinya. Dihimpit kemelut rumah tangga, manipulasi pihak ketiga, dan persaingan korporat, Seri terpaksa bertahan di tengah-tengah rahsia gelap yang mula terungkap satu demi satu.