
Nantikan drama Ke Mana Hilang Cinta bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 3 September 2026 disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di tonton. Drama 20 episod ini diterbitkan oleh Million Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Azhar Khalid. Menampilkan Syamim Freida, Keith Foo dan Marc Syahmie sebagai teraju utama.
Ke Mana Hilang Cinta
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 3 September 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Sha Hanim Ramli
Pengarah: Azhar Khalid (Apache)
Produksi: Million Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Syamim Freida sebagai Sya
Keith Foo sebagai Aidil
Marc Syahmie sebagai Harris
Dato Ahmad Tarmimi sebagai Jaris
Mustapha Kamal sebagai Bahrin
Wilma Muhammad sebagai Azizah
Liza Abdullah sebagai Mak Ainun
Emily Elizabeth sebagai Sarah
Aprena Manrose Wirdati
Nazeera Sardi sebagai Diana
Dahlya Nurdelisya sebagai Alana
Carissa Azhar sebagai Airin
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Nostalgia
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Lirik: Haqiem Rusli & Fahmi Zafran
Sinopsis Ke Mana Hilang Cinta
Mengisahkan Sya (Syamim Freida), seorang pereka hiasan dalaman kerjaya mantap yang tidak pernah menyangka akan jatuh hati dengan Aidil (Keith Foo), seorang duda anak satu yang kematian isteri dan sekadar bekerja sebagai Pengurus Pentadbiran.
Biarpun berbeza taraf kerjaya di samping masing-masing membawa kisah silam, ketulusan cinta membuatkan Sya menerima lamaran Aidil untuk membina bahtera rumah tangga bersama.
Bagaimanapun, selepas setahun mendirikan rumah tangga, sikap Aidil mula berubah secara drastik. Rasa cemburu yang melampau membuatkan setiap pergerakan Sya dikawal ketat, daripada pemeriksaan telefon bimbit dan kawalan kewangan, sehinggalah pergerakan harian yang diekori.
Terperangkap dalam perkahwinan yang semakin toksik dan kehilangan kebebasan diri, Sya berada di persimpangan dilema sama ada mahu terus mempertahankan rumahtangganya atau membebaskan diri.
Keadaan bertambah rumit apabila kehadiran Harris (Marc Syahmie), rakan sekerja merangkap kawan baik Sya yang tidak pernah disukainya secara peribadi, mula menimbulkan salah faham dan meretakkan lagi hubungan mereka.
Sya mula menyedari bahawa perubahan sikap suaminya bukan sekadar isu cemburu terhadap Harris tetapi melibatkan sebuah rahsia besar yang disembunyikan oleh Aidil.
Apabila syak wasangka mengatasi kepercayaan, mampukah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dipertahankan?