
Saksikan drama Anugerah Tanpa Cahaya akan mengisi slot Samarinda TV3 bermula 8 Oktober 2026, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama arahan Amor Rizan ini dibintangi oleh Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan dan Zairi Aziz.
Anugerah Tanpa Cahaya
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2026
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Naza Manas
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Anomali Media & Production
Watak Pelakon
Puteri Balqis sebagai Husna
Azhan Rani sebagai Bahar
Amyza Aznan sebagai Tijah
Hafeez Mikail sebagai Zafran
Zairi Aziz sebagai Ehsan
Zazzleen Zulkafli sebagai Ehsan
Sharifah Farhana sebagai Aishah
Nelissa Emielda sebagai Fida
Mon Rasli sebagia Ilyas
Mutalib Mubin sebagai Lupi
Maya Jaafar sebagai Cikgu Anita
Dina Allysha sebagai Trisha
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sedikit Waktu
Penyanyi: Imran Ajmain
Komposer: Imran Ajmain
Lirik: Shah Shamshiri
Sinopsis Anugerah Tanpa Cahaya
Kisah bermula apabila Bahar (Azhan Rani) dan isterinya, Tijah (Amyza Aznan) menemui seorang bayi yang ditinggalkan di luar rumah mereka, lalu membesarkanny sebagai anak angkat dan dinamakan Husna.
Husna dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan menjadi kesayangan Bahar. Namun, keadaan mula berubah apabila Tijah berasa suaminya terlalu memanjakan Husna hingga hampir semua kehendaknya dipenuhi.
Apabila meningkat remaja, Husna mula memberontak. Dia sering ponteng sekolah, menipu dan mencuri kerana mahu keluar daripada kehidupan serba kekurangan yang selama ini dirasakannya.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Husna melarikan diri dari rumah dan terjebak dalam hubungan dengan Zafran (Hafeez Mikail), seorang lelaki yang mempunyai sisi gelap.