Drama Andai Masih Ada Maaf

Andai Masih Ada Maaf

Nantikan drama Andai Masih Ada Maaf bakal mengisi slot Akasia mulai 30 September 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan FJ Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader. Menampilkan Fattah Amin, Hanna Delisha, Nazrief Nazri dan Malek Mccrone sebagai teraju utama. Penonton juga boleh strim episod baharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran di TV3.

Andai Masih Ada Maaf

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 30 September 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: K. Adlie, Maizura Ederis, Shida Zali, Amin Syakib
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Dr Reza
Hanna Delisha sebagai Hana
Nazrief Nazri sebagai Azmeer
Malek Mccrone sebagai Haris
Riz Amin sebagai Fazi
Rasya Dean sebagai Mira
Shazia Rozaini sebagai Ika
Husna Mustaffa sebagai Siti
Fadilah Mansor
Zaleha Iman

Sinopsis Andai Masih Ada Maaf

Mengisahkan Hana (Hanna Delisha), seorang wanita berkerjaya yang menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, Dr Reza (Fattah Amin), seorang doktor psikologi yang dikenalinya sejak zaman universiti.

Dikurniakan seorang anak perempuan, kehidupan mereka kelihatan sempurna sehinggalah kemunculan semula Azmeer (Nazrief Nazri), kenalan lama yang membuka kembali kisah silam yang tidak pernah diketahui Reza.

Pertemuan semula itu pada awalnya tidak menimbulkan sebarang masalah. Malah, Reza gembira dapat bertemu semula dengan kenalan lama mereka. Namun, di sebalik kemunculannya, Azmeer sebenarnya menyimpan dendam terhadap Hana dan mula menyusun rancangan untuk memusnahkan rumah tangga mereka.

Pelbagai manipulasi dan fitnah mula diwujudkan sehingga Reza sendiri mula meragui kesetiaan isterinya. Beberapa petunjuk yang sengaja ditinggalkan membuatkan Reza percaya bahawa Hana mempunyai hubungan sulit.

Kemuncaknya, satu kejadian yang mengaitkan Hana dengan Azmeer membuatkan Reza benar-benar percaya bahawa Hana telah mengkhianatinya.

Tanpa mengetahui kebenaran sebenar, Reza memilih untuk menjauhkan diri daripada Hana. Keadaan bertambah buruk apabila cerita mengenai kecurangan Hana tersebar dan menjadi tular sehingga dia bukan sahaja kehilangan kepercayaan suami, malah turut menerima kecaman hebat daripada keluarga, rakan-rakan dan netizen.