The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)

The Hidden Hand Dia Perempuan Sialan

Saksikan drama seram terbaharu Viu Original bertajuk The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) ditayangkan bermula 18 September 2026 di platform Viu. Drama 12 episod terbitan Rumah Karya Citra dibawah arahan Nur Ain Sharif. Dibintangi oleh Meerqeen, Hannah Delisha, Umie Aida dan Caitlin Halderman dari Indonesia.

The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 18 September 2026
Waktu Siaran: Selasa & Rabu, 12 tengah hari
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Eirma Fatima
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Syawal
Caitlin Halderman sebagai Riska
Hannah Delisha sebagai Nerina
Umie Aida sebagai Puan Sri Asyikin
Farah Ahmad sebagai Bulan
Amerul Affendi sebagai Hamid
Nadya Syahera sebagai Faridah
Nadia Aqilah sebagai Afidah
Ismail Yaacob sebagai Ustaz Halim
Ruminah Sidek sebagai Bomoh
Fiza Tijani sebagai Doktok Ayu

Sinopsis The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)

Mengisahkan Riska, seorang wanita yang nekad membalas dendam terhadap sebuah keluarga yang didakwa menjadi punca kehancuran hidup ibunya. Demi melaksanakan rancangannya, Riska menyusup masuk ke dalam keluarga tersebut dengan menyamar sebagai pembantu rumah.

Namun, dendam yang pada awalnya kelihatan begitu jelas mula menjadi semakin rumit apabila Riska mengenali keluarga berkenaan dengan lebih dekat. Sedikit demi sedikit, perasaan kasihan dan konflik dalam dirinya mula bercampur dengan niat asalnya.

Lebih mengerikan, Riska turut menggunakan ilmu hitam untuk melancarkan rancangannya. Tetapi apabila kuasa gelap itu sudah dipanggil, sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila entiti tersebut seolah-olah tidak mahu melepaskan sesiapa dengan mudah.