Takdirnya Cinta

Takdirnya Cinta

Sempena meraikan ulang tahun pertamanya, platform penstriman digital UTV tampil dengan sebuah telefilem berjudul 'Takdirnya Cinta' yang menemukan dua bintang popular Zul Ariffin dan Siti Khadijah. Saksikan Takdirnya Cinta mulai 9 September 2026 menerusi aplikasi UTV, yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Takdirnya Cinta

Tarikh Tayangan: 9 September 2026
Platform Penstriman: UTV
Pengarah: Izuan Mokhtar
Penerbit: Datuk Nana Hasan

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Mikael
Siti Khadijah sebagai Sofea
Fattah Amin sebagai Fahim
Muhsin Nadzli sebagai Ammar
Marissa Yasmin sebagai Mak Sofea

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tinggalkan Kegelapan
Penyanyi: Nadeera Zain

Sinopsis Takdirnya Cinta

Mengisahkan perjalanan hidup Sofea, seorang wanita yang baru bertunang namun diuji dengan tragedi apabila tunangnya meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis.

Berpegang kepada amanat terakhir arwah tunangnya, Sofea mencerun langkah berangkat ke Istanbul demi mencari abang tunangnya yang tidak pernah dikenalinya.

Di kota asing itu, takdir mempertemukannya dengan seorang lelaki misteri. Kehadiran lelaki itu perlahan-lahan mula membuka pintu hati Sofea kembali, namun di sebalik pertemuan tidak dirancang tersebut, tersembunyi rahsia silam yang bakal merubah segala-galanya.