
Saksikan drama terbaharu Viu Original, Cinta Dalam Sekam bakal menemui penonton bermula 16 Julai 2026 di platform Viu. Drama 12 episod terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Dibintangi oleh Amir Ahnaf, Siti Khadijah Halim, Haidar Hasanudin, Riz Amin, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Cinta Dalam Sekam
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2026
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Alia Ramly, Eenaz Mokhtar
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Imran
Siti Khadijah Halim sebagai Laila
Haidar Hasanudin sebagai Shafiq
Razak Ahmad sebagai Uwan
Riz Amin sebagai Sudin
Husna Mustaffa sebagai Zira
Yuna Rahim sebagai Amanda
Azhar Amir sebagai Dato Sabiri
Mas Anizan sebagai Datin Marinah
Nataaliyah sebagai Alia Natasha
Zarynn Min sebagai Sarina
Ainina Ahmad sebagai Ibu Laila
Shyrim Husni sebagai Syariman
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sang Penikam
Penyanyi: Noh Hujan, Aina Abdul
Komposer: Ade Paloh
Lirik: Noh Salleh
Sinopsis Cinta Dalam Sekam
Terperangkap antara cinta dan kesetiaan, nasib tiga insan berubah selamanya akibat satu pilihan yang menghantui mereka bertahun lamanya.
Mengangkat kisah Uwan, seorang warga emas yang menghidap demensia. Ketika ingatan terhadap kehidupan hariannya semakin hilang, memorinya seolah-olah kekal terperangkap pada tahun 1988. Dalam setiap detik yang dilaluinya, Uwan terus menyebut nama seorang gadis kampung bernama Laila, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli keluarganya.
Usaha untuk merungkai misteri di sebalik nama itu akhirnya membawa mereka kepada sebuah kisah cinta lama yang tidak pernah selesai. Sedikit demi sedikit, rahsia yang tersimpan selama puluhan tahun mula terbongkar, memperlihatkan bagaimana rasa cemburu, pilihan hidup dan pengorbanan telah mengubah takdir beberapa individu.