
Nantikan drama 'Hanya Untuk Dia' adaptasi daripada novel karya Sophilea bakal ditayangkan pada 21 Ogos 2026, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di slot Akasia TV3 dan juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton. Drama bersiri 28 episod, terbitan Pencil Pictures & Records dibawah arahan Bahri Umar. Menampilkan berisan pelakon Amylia Aidura, Aniq Suhair, Muaz Zabir, Shaza Bae dan ramai lagi.
Hanya Untuk Dia
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Bahri Umar
Produksi: Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
Watak Pelakon
Amylia Aidura sebagai Ain Nuraina
Aniq Suhair sebagai Dr. Zhafran Haikal
Wanni Ali sebagai Hana
Muaz Zabir sebagai Hisham
Talha Harith sebagai Ikram
Shaza Bae sebagai Dr. Dania
Liza Abdullah sebagai Hafisah
Ieda Moin sebagai Mariam
Kazaruddin Saisi sebagai Ayah Chik
Dato Haris Embong sebagai Ayah Uda
Maymay sebagai Dr Alice
Amirul Faqim sebagai Dr Mika
Sabella Suhaimi sebagai Zurin
Sufian Ali sebagai Zaidi
Zarith Zalikha sebagai Irma
Azwana sebagai Asmidar
Natasha Elyzza sebagai Nina
Alif Ali sebagai Danial
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Adanya Kau Disini
Artis: Naqiu / (Nadia Aqeela - versi cover)
Komposer & Penulis Lirik: Ewal, Adly Kiddy, Hanis Rafi
Sinopsis Hanya Untuk Dia
Mengisahkan Ain (Amylia Aidura), seorang gadis tabah yang kehilangan kedua ibu bapanya, memikul tanggungjawab besar menjaga abangnya, Ikram (Talha Harith), yang lumpuh dan bergantung kepada rawatan dialisis. Dalam usia yang masih muda, Ain terpaksa membahagikan hidupnya antara pelajaran, kerja dan keluarga.
Kehidupan Ain berubah selepas dia bertemu dengan Dr. Zhafran Haikal (Aniq Suhair), seorang pensyarah universiti yang tegas, dingin dan sukar didekati. Pertemuan pertama mereka bermula dengan perselisihan apabila Ain datang lewat ke kelas Zhafran. Sejak itu, Ain sering berdepan teguran dan hukuman daripada pensyarah tersebut sehingga menganggap Zhafran sebagai lelaki angkuh yang gemar menggunakan kuasanya untuk menekan pelajar.
Namun, di sebalik sikap kerasnya, Zhafran sebenarnya tertarik dengan ketabahan Ain. Dia cuma tidak pandai menunjukkan perasaan dan caranya mendekati Ain sering disalah tafsir sebagai kekasaran. Tanpa Ain sedari, lelaki itu sentiasa mengambil berat tentang keselamatannya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Ain berada dalam keadaan baik.
Zhafran sendiri mempunyai masalah keluarga yang tidak kurang beratnya. Dia memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang mengalami gangguan emosi, selain dihantui luka daripada masa lalu. Keadaan itu menjadikan Zhafran seorang lelaki yang sukar meluahkan perasaan, tetapi perlahan-lahan Ain mula melihat sisi lembutnya yang tersembunyi.
Hubungan mereka akhirnya berubah apabila Zhafran membuat keputusan mengejut untuk melamar Ain. Namun, Ain menerima lamaran tersebut bukan kerana cinta, sebaliknya kerana keadaan abangnya yang semakin kritikal. Dia akhirnya berkahwin dengan lelaki yang paling dibencinya.
Perkahwinan Ain dan Zhafran bermula tanpa cinta dan dipenuhi salah faham, ego serta luka lama. Mereka tinggal bersama sebagai suami isteri, tetapi hati masing-masing masih berjarak. Kehadiran Dr. Dania (Shaza Bae), bekas tunang Zhafran, turut menguji hubungan mereka, manakala Irma (Zarith Zalikha) yang cemburu sering menambahkan konflik
Walaupun sering bertengkar, Ain mula menyedari bahawa Zhafran sebenarnya seorang suami yang setia dan sanggup berkorban untuknya. Sedikit demi sedikit, kebencian yang selama ini memenuhi hatinya mula berubah menjadi perasaan yang tidak mampu lagi disembunyikan.
Namun, ketika hubungan mereka mula menemukan kebahagiaan, rahsia lama berkaitan kemalangan Ikram dan pengorbanan Zhafran mula terbongkar. Kebenaran tersebut membawa kepada satu tragedi yang mengubah kehidupan mereka dan akhirnya memusnahkan rumah tangga yang baru dibina.
Selepas perceraian, Ain cuba meneruskan kehidupannya dan menjadi wanita yang lebih kuat, manakala Zhafran hidup dalam penyesalan kerana kehilangan wanita yang dicintainya. Walaupun mereka telah membawa haluan masing-masing, perasaan yang pernah wujud antara mereka tidak pernah benar-benar hilang.
Takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Pertemuan itu menghidupkan kembali cinta, rindu, marah dan penyesalan yang selama ini cuba mereka lupakan. Zhafran bertekad untuk mendapatkan kembali Ain, manakala Ain mula menyedari bahawa selama ini dia terlalu dibutakan oleh ego dan luka sehingga gagal melihat keikhlasan lelaki itu.
Mampukah Zhafran memenangi semula hati Ain? Dan mampukah Ain membuka kembali hatinya kepada lelaki yang pernah menjadi punca segala luka dalam hidupnya?