Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40)

Anugerah Juara Lagu 40

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-40 akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Tonton.

Bertemakan “Meraikan Empat Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia” dengan mesej “Love Your Legacy, Elevate Your Future”, AJL40 membawa aspirasi untuk meraikan perjalanan panjang industri muzik tempatan sambil membuka ruang kepada generasi baharu meneruskan legasi tersebut. Tema ini mencerminkan komitmen AJL dalam menghargai karya-karya terdahulu serta menjadi pemangkin kepada masa depan muzik Malaysia.

AJL40 menghimpunkan 10 finalis yang bakal bersaing menerusi karya masing-masing. Semua karya dinilai oleh barisan juri profesional termasuk Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis selaku ketua juri, LY, Efry Arwis, Helen Yap, AD Samad dan AG Coco.

AJL40 diserikan dengan gandingan Naz Rahman dan Sissy Imann sebagai hos utama serta persembahan istimewa oleh Datuk Francissca Peter, Misha Omar, Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri, Azlan & The Typewriter, Daiyan Trisha, Nabila Razali, Ziana Zain, Amelina, Umairah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Senarai Pemenang AJL40

JUARA
Lagu: Tiwikarma
Penyanyi: K.O.I
Komposer: Zai Hamzah & Hemo Globin
Penulis Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam

NAIB JUARA
Lagu: Tak Adil
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno & Radi
Penulis Lirik: Aisha Retno

TEMPAT KETIGA
Lagu: Lumangad Oku Dika 
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis Lirik: Ryenald Guntabid

VOKAL TERBAIK
Marsha Milan - Tangisan Seorang Pendosa

PERSEMBAHAN TERBAIK
Aina Abdul - Kamu

ANUGERAH IKON ARTIS PILIHAN SHOPEE
Aina Abdul - Kamu

EUROVISION SONG CONTEST ASIA 2026 (Wakil Malaysia)
Aina Abdul - Kamu 

10 Finalis Anugerah Juara Lagu 40

Tak Adil
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno & Radi
Penulis Lirik: Aisha Retno

Cak Cak Cekuk
Penyanyi: Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis Lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh

Lemah
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis Lirik: Hael Husaini

Nurcinta
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abd. Halim

Lumangad Oku Dika
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis Lirik: Ryenald Guntabid

Tiwikarma
Penyanyi: K.O.I
Komposer: Zai Hamzah & Hemo Globin
Penulis Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam

Kamu
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

Semacam Pandora
Penyanyi: Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia
Penulis Lirik: Zel Hadauan

Tangisan Seorang Pendosa
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis Lirik: Hazama

Ke Mana Ni
Penyanyi: Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam