
Nantikan drama iQIYI Original terbaharu berjudul 'Dua Nyawa' bakal menemui penonton bermula 13 November 2026, episod baharu setiap Jumaat dan Sabtu pukul 9 malam. Drama 12 episod hasil penulisan Liza Nur dan arahan Riza Baharudin. Dibintangi oleh Puteri Balqis, Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma.
Dua Nyawa
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 13 November 2026
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Penstriman: iQIYI
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Puteri Balqis sebagai Farhana
Zarif Ghazzi sebagai Fawwaz
Jazmy Juma sebagai Zafran
Kodi Rasheed sebagai Fauzan
Vanidah Imran sebagai Zawiyah
Atilia Haron sebagai Datin Nazahiyah
Zarynn Min sebagai Juhariah
Eizlan Yusof sebagai Adham
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Ku Terima Bahagiamu
Penyanyi: Jazmy Juma
Komposer & Lirik : SeowSeng Tack, Mohsein Kush, Aziz Harun, Jazmy Juma
Sinopsis Dua Nyawa
Mengisahkan Farhana, seorang gadis muda yang mendapati dirinya hamil selepas menjalinkan hubungan dengan Zafran.
Situasi itu bukan sahaja mengubah perancangan hidup Farhana, malah memaksanya berdepan dengan penolakan keluarga, tekanan masyarakat dan masa depan yang semakin tidak menentu.
Pada masa sama, Zafran perlu berdepan dengan persoalan tanggungjawab terhadap tindakannya. Dalam keadaan Farhana cuba mencari jalan untuk meneruskan kehidupan, Fawwaz pula memilih untuk terus berada di sisinya.
Fawwaz, yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farhana, sanggup melakukan pengorbanan besar walaupun dia bukan bapa kepada anak yang dikandung Farhana.
Namun, keadaan menjadi semakin rumit apabila Zafran muncul semula dengan tekad untuk memikul tanggungjawab bersama, sekali gus mencetuskan konflik cinta tiga segi.
Persoalannya bukan lagi sekadar siapa yang dicintai Farhana, tetapi siapa yang benar-benar bersedia memikul tanggungjawab apabila kehidupan tidak berjalan seperti yang dirancang.