Drama Tertulis Kita Sampai Syurga

Tertulis Kita Sampai Syurga

Nantikan drama adaptasi novel 'Tertulis Kita Sampai Syurga' karya Aalin Amily bakal mengisi slot Akasia TV3 bermula 9 November 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Drama bersiri 28 episod terbitan MIG Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Along Kamaludin. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya, Qistina Khaled dan Ramona Zamzam sebagai teraju utama.

Penonton boleh menyaksikan episod baharu 24 jam lebih awal melalui striman dalam talian di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Tertulis Kita Sampai Syurga

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 9 November 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Skrip: Panel Skrip MIG, Ayuni Zamani, Adza Emie
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: MIG Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Luthfi Hakimi
Qistina Khaled sebagai Arya Darlina
Ramona Zamzam sebagai Fiona
Auni Yusri sebagai Syaza
Muhsin Nadzli sebagai Naufal
Emily Elizabeth sebagai Melissa
Adra Azzahra sebagai Aesya
Maya Fathia sebagai Aura
Rahim Jailani sebagai Tuan Zahir
Ainina Ahmad B sebagai Puan Dahlia
Raff Roslee sebagai Rizal
Hafeez Mikael sebagai Firdaus
Alynn Techen sebagai Wan Meriam
Bella Nabila sebagai Dara
Siti Ruwiyani sebagai Wan Munah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Gagal Setia
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Lirik: Ryenald Guntabid & Melakaboy

Sinopsis Tertulis Kita Sampai Syurga

Mengisahkan perjalanan seorang gadis remaja yang sosial dan sering memberontak, namun terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai isteri dan ibu, di samping berdepan pelbagai cabaran yang menguji ketabahan dirinya.

Arya Darlina (Qistina Khaled) yang terpaksa menerima perkahwinan aturan keluarga bersama Luthfi Hakimi (Shukri Yahaya), seorang bapa tunggal yang tegas.

Hubungan mereka yang pada awalnya dingin mula bertukar menjadi sayang apabila Luthfi menyelamatkan Arya daripada gangguan seorang rakannya sendiri yang obses terhadap dirinya.

Namun, kebahagiaan yang mula dibina tidak bertahan lama apabila hubungan mereka digugat oleh kecemburuan Shaza (Auni Yusri), sepupu Arya, serta dendam Fiona (Ramona Zamzam), bekas isteri Luthfi.

Konflik yang semakin meruncing akhirnya membawa kepada sebuah tragedi apabila Fiona mengancam kehidupan keluarga baharu itu. Dihimpit kesedihan dan rasa bersalah, Arya dan Luthfi terpaksa berdepan ujian yang menguji kekuatan ikatan mereka.

Mampukah cinta yang menyatukan mereka menjadi kekuatan untuk bangkit semula dan mencari kedamaian selepas segala yang berlaku?