
Nantikan siri Viu Original terbaharu berjudul Wali Dalam Tangisan (Tears Between Us) akan mula menemui penonton pada 19 November 2026, episod baharu setiap Khamis dan Jumaat pukul 12 tengah hari. Drama 12 episod terbitan Global Station Sdn Bhd, arahan bersama Riza Baharudin dan Jamal Khan. Menampilkan lakonan Jazmy Juma, Ezzanie Jasny, Haidar Hasanudin dan Syad Mutalib.
Wali Dalam Tangisan
Episod: 12
Mula Tayangan: 19 November 2026
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12 tengah hari
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Dato Zaiton Muhd Jiwa
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Riza Baharudin & Jamal Khan
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Alif
Ezzanie Jasny sebagai Suraiya
Haidar Hasanudin sebagai Redza
Syad Mutalib sebagai Marsya
Fadilah Mansor sebagai Nek Esah
Faha Azhar sebagai Leman
Baizura Kahar sebagai Faeza
Rasya Sofea Dean sebagai Fatimah
Rosnah Johari sebagai Masyitah
Maya Fathia sebagai Suraiya (kecil)
Rayyan Mikail sebagai Alif (kecil)
Muhd Aniq sebagai Leman (kecil)
Hanna Delisha sebagai Fatimah (kecil)
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Cinta Terlarang
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer & Lirik: Dindan
Sinopsis Wali Dalam Tangisan
Mengisahkan Alif (Jazmy Juma) dan Suraiya (Ezzanie Jasny), pasangan bapa saudara dan anak saudara yang membesar bersama meskipun hanya berbeza usia empat tahun.
Hubungan rapat mereka mula berubah apabila Alif memperkenalkan teman wanitanya, Marsya (Syad Mutalib), kepada keluarga.
Suraiya mula dibelenggu rasa cemburu dan perasaan yang selama ini cuba dipendam kerana menyedari perasaan tersebut tidak sepatutnya wujud.
Tanpa pengetahuannya, Alif turut menyimpan perasaan yang sama, namun memilih untuk merahsiakannya demi menjaga hubungan kekeluargaan.
Kematian mengejut ibu saudara Suraiya, yang juga merupakan kakak kepada Alif, memaksa mereka berdepan dengan hakikat hubungan emosi yang semakin rumit.
Dalam keadaan kesedihan, cemburu dan tekanan keluarga yang semakin memuncak, kedua-duanya berdepan dilema besar.
Adakah mereka sanggup melangkaui batas hubungan kekeluargaan demi cinta terlarang, atau mengorbankan kebahagiaan sendiri demi menjaga keutuhan keluarga?