Drama Secret Book Club

Secret Book Club

Saksikan drama Secret Book Club akan disiarkan di Unifi TV saluran Sensasi bermula 18 November ini, setiap Rabu jam 10 malam. Muat turun aplikasi Unifi TV 2.0 dan strim secara percuma.

Secret Book Club

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 18 November 2026
Waktu Siaran: Rabu, 10:00 malam
Saluran: Sensasi (Unifi TV)
Idea Asal: Eenaz Mokhtar
Skrip: Eenaz Mokhtar, Ctna Marzuki, Zuli
Pengarah: Reen Imran
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Tiz Zaqyah sebagai Shasha Alya
Norreen Iman sebagai Ustazah Harissa
Zahiril Adzim sebagai Ariff
Zarul Husin sebagai Mustafa
Alyssa Dezek sebagai Hidayah
Arena Wan sebagai Maya Murni
Aida Amron sebagai Tini
Hello Angah sebagai Ari
Kween Keela sebagai Putri Batrisya
Farah Ahmad sebagai Puan Raihanum
Catriona Ross sebagai Sarah
Tony Eusoff
Emma Sofea
Haeriyanto Hassan
Nik Rifaie
Megat Sharizal
Athilla D'Hun

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Takkan Patah Lagi
Penyanyi: Alyssa Dezek
Komposer: Eenaz Mokhtar, Alyssa Dezek, Zikri Zakaria
Lirik: Eenaz Mokhtar, Alyssa Dezek, Nana Sheme

Sinopsis Secret Book Club

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar dan guru di sebuah sekolah elit iaitu SMK Bestari Emas yang mana terikat dengan sebuah kelab buku rahsia. Setiap ahli menyimpan rahsia tersendiri dan kisah silam yang berkait rapat antara satu sama lain. Konflik mula tercetus apabila rahsia-rahsia yang tersimpan mula terbongkar satu demi satu.
 
Kisah bermula apabila Cikgu Shasha memulakan tugas di SMK Bestari Emas, sebuah sekolah elit yang sarat dengan rahsia gelap di sebalik kecemerlangannya. Demi melindungi para pelajar, dia menubuhkan sebuah kelab buku sebagai ruang selamat. Tanpa disangka, kelab tersebut bakal membongkar skandal besar pihak sekolah, sekaligus merungkai misteri masa silam Shasha sendiri.