Drama Anom Suraya (TV3)

Anom Suraya

Saksikan drama bersiri berjudul 'Anom Suraya' bakal bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 bermula 4 Julai 2026. Menariknya, drama ini merupakan adaptasi daripada novel klasik yang diterbitkan pada tahun 1992 hasil nukilan Dr. Samsiah Mohd. Nor yang juga ibu kandung kepada pelakon utama drama ini iaitu Daiyan Trisha. Drama arahan Osman Ali ini turut dibintangi oleh Idris Khan, Yusuf Bahrin, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Halim Radzi, Puteri Khareeza, Iman Suhana dan ramai lagi.

Istimewa sempena tayangan perdana, penonton akan disajikan siaran eksklusif selama dua jam menerusi tayangan dua episod pertama secara berturut-turut pada Sabtu ini, 4 Julai, bermula jam 9.00 malam. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Anom Suraya

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2026
Waktu Siaran: Jumaat - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mida Yusof
Penulis Novel: Dr. Samsiah Mohd. Nor
Pengarah: Osman Ali
Produksi: Nuansa Film Sdn Bhd

Watak Pelakon
Daiyan Trisha sebagai Anom Suraya
Idris Khan sebagai Bakhtiar
Yusuf Bahrin sebagai Badrol
Iman Suhana sebagai Mastura
Fazlina Ahmad Daud  sebagai Puan Raden
Halim Radzi sebagai Roy
Dr Samsiah Mohd. Nor sebagai Mak Uteh
Puteri Khareeza  sebagai Suzie
Azna Hamid sebagai Mak Limah
Saliza Ali sebagai Mak Lang
Pak Idris sebagai Driver Puan Radin

Sinopsis Anom Suraya

Mengisahkan Anom (Daiyan Trisha), seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi membantu ibunya dengan bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Puan Raden. Di situ, Anom dipertanggungjawabkan menjaga Bakhtiar (Idris Khan) serta adiknya, Badrol (Yusuf Bahrin) yang mengalami masalah kesihatan mental. Kehadiran Anom sedikit demi sedikit membawa perubahan kepada kehidupan keluarga tersebut, namun dalam masa yang sama membuka ruang kepada pelbagai konflik emosi.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila hubungan antara Anom dan Bakhtiar mula diselubungi perasaan cinta. Pada masa yang sama, Badrol turut menaruh hati terhadap Anom, sekali gus mewujudkan konflik yang sukar diselesaikan. Puan Raden pula berharap Anom terus berada di sisi Badrol demi memastikan kestabilan emosi anaknya, menyebabkan Anom terpaksa memilih antara perasaan sendiri dan tanggungjawab yang dipikul.