Drama Yes! Captain Zul Aaryan (TV3)

Yes Captain Zul Aaryan

Nantikan drama adaptasi novel 'Yes! Captain Zul Aaryan' karya Wnfhanna bakal mengisi slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 2026 bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7:00. Drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures. Diterajui oleh Anna Jobling dan Jazmy Juma. Penonton juga boleh menonton setiap episod menerusi platform penstriman iQIYI.

Yes! Captain Zul Aaryan

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 10 Julai 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Novel: Wnfhanna
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Pgr Team
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Anna Jobling sebagai Zara Andrea
Jazmy Juma sebagai Zul Aaryan
Nafiz Muaz sebagai Hazwan
Daniel Fong sebagai Bahri
Natasha Sass sebagai Rania
Adriana Ghafar sebagai Salwa
Esma Dainal sebagai Dato Abraham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Melinda
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Zul Azhar
Kuza Muzani sebagai Pn Sri Zulaikha

Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan

Cerita bermula dengan insiden salah faham di Lapangan Terbang Melbourne yang mencetuskan "perang besar" antara Zul Aaryan dan Zara Andrea. Pertemuan itu meninggalkan impak yang sangat buruk sehinggakan masing-masing berharap agar tidak akan bertembung lagi.

Sangkaan mereka meleset apabila ditakdirkan bertemu semula di dalam pesawat. Lebih mengejutkan Andrea, rupa-rupanya lelaki yang dibencinya itu ialah kapten yang mengemudikan penerbangan tersebut. Konflik semakin tegang apabila Andrea mempunyai satu bukti yang boleh mengancam kerjaya Aaryan sebagai juruterbang.

Bagi Aaryan, imej dan kerjayanya sebagai kapten penerbangan adalah segalanya. Bagi memastikan Andrea tidak membocorkan maklumat tersebut, Aaryan menggunakan taktik licik menghapuskan bukti tersebut yang membuatkan Andrea bertambah sakit hati.

Walaupun cuba mengelak, takdir seolah-olah sengaja mempertemukan mereka berulang kali sehinggakan rasa benci dalam hati masing-masing semakin menebal. Namun, seperti kata pepatah, "jangan terlalu benci, nanti jadi jodoh." Atas permintaan keluarga, mereka akhirnya dijodohkan.

Kedua-duanya menentang perkahwinan aturan keluarga ini. Namun, demi menjaga hati orang tua dan kerana masing-masing terperangkap dengan komitmen keluarga, Aaryan mencadangkan satu perjanjian rahsia: mereka berkahwin tetapi hanya untuk tempoh sebulan sahaja. Andrea bersetuju dengan syarat tersebut.Tetapi mampukah mereka bertahan hidup sebumbung selama sebulan itu?