
Nantikan drama adaptasi novel 'Akad Tak Dipinta' karya Aalin Amily bakal menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3 mulai 30 Julai 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam atau strim di tonton. Drama 20 episod arahan Amor Rizan dibawah terbitan MIG Production Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Redza Rosli, Nasuha Sulaiman, Faa Zaini, Darien Aeldra dan Sharifah Shahora.
Akad Tak Dipinta
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 30 Julai 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Novel: Aalin Amily
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Kotak Cerita, Panel MIG
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Seth Aliman
Nasuha Sulaiman sebagai Seri Lidyani
Haleeda Mazlin sebagai Kalida
Sharifah Shahora sebagai Mak Kiah
Aleza Shadan sebagai Mastura
Darien Aeldra sebagai Ikhmal
Faa Zaini sebagai Harlyn
Kween Keela sebagai Ana
Adil Luca sebagai Aiden
Nazaty Gina sebagai Elena
Zuhairy Ibrahim sebagai Dato Huzairi
Syerryfa Alhabshee sebagai Eton
Fendy Bakry sebagai Saif Aliman
Lagu Tema (OST)
Lagu: Kosong
Penyanyi: Aufahanie
Komposer & Lirik: Aiman Sidek & Hafiz Hamidun
Sinopsis Akad Tak Dipinta
Mengisahkan Seri (Nasuha Sulaiman), seorang akauntan yang cuba bangkit membina kehidupan baharu selepas kehilangan cinta pertamanya, Saif (Fendy Bakry), dalam sebuah kemalangan tragis.
Namun, kehidupannya kembali berubah apabila dia bertemu dengan Seth (Redza Rosli), majikannya yang dingin dan penuh rahsia. Demi melepaskan diri daripada sebuah perkahwinan yang membelenggu, Seri menerima lamaran Seth tanpa mengetahui bahawa ikatan tersebut bakal membuka lembaran hidup yang penuh penderitaan.
Selepas bergelar suami isteri, satu kebenaran mengejutkan terbongkar, Seth sebenarnya merupakan adik kandung kepada arwah Saif. Perkahwinan itu bukan tercipta kerana cinta, sebaliknya didorong oleh dendam lama apabila Seth mahu membalas kehancuran keluarganya.
Seri akhirnya menjadi mangsa kepada kemarahan Seth, dihukum atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Keadaan menjadi semakin rumit dengan kehadiran Harlyn (Faa Zaini), wanita yang penuh muslihat dan sanggup menggunakan pelbagai cara untuk merampas Seth serta menghancurkan kehidupan Seri.
Di sebalik derita, air mata dan konflik dunia korporat, satu demi satu rahsia gelap mula terbongkar. Termasuk kebenaran sebenar di sebalik kematian Saif serta persengketaan keluarga yang selama ini tersembunyi.
Adakah kejujuran mampu menyembuhkan luka akibat dendam yang mendalam? Atau adakah perkahwinan yang bermula tanpa cinta itu akan berakhir dengan kehancuran?