Drama Jiwa Seorang Pentaksub (TV3)

Jiwa Seorang Pentaksub

Nantikan drama Jiwa Seorang Pentaksub akan mengisi slot Samarinda TV3 mulai 1 Jun 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Penonton juga boleh mengikuti episod baharu di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3. Drama ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Nur Ain Sharif. Dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle, Ady Mohammad dan Ariff Idrus.

Jiwa Seorang Pentaksub

Episod: 25
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Rina Khan & Sherry Khan
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rosyam Nor sebagai Firzan
Sophia AlBarakbah sebagai Diana
Shahz Jaszle sebagai Aidil
Rita Rudaini sebagai Suri
Ady Mohammad sebagai Aiman
Ariff Idrus sebagai Firdaus
Shereena sebagai Maya
Mejelyna sebagai Ardilla
Faizul Syaharin sebagai Kamal
Syean Mokhtar sebagai Riduan

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Obsesi Ilusi
Penyanyi: Aepul Roza
Komposer & Lirik: Aepul Roza

Sinopsis Jiwa Seorang Pentaksub

Mengisahkan Firzan (Rosyam Nor), seorang lelaki yang membina empayar politiknya sebelum menjadi figura yang disanjung masyarakat.

Bermula sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik berpengaruh, Firzan perlahan-lahan belajar bahawa kuasa mampu mengubah segalanya. Dari situlah dia mula menggunakan perkahwinan sebagai jalan untuk membuka ruang dalam dunia politik sebelum berjaya membina pengaruh dan empayarnya sendiri.

Namun dalam dunia Firzan, kuasa mengatasi segalanya, termasuk keluarganya sendiri. Kehadiran Diana (Sophia Albarakbah), seorang pempengaruh media sosial terkenal yang juga teman wanita anaknya, Aiman (Ady Mohammad), mula mencetuskan ketegangan apabila Firzan mula memanipulasi keadaan demi memiliki wanita tersebut untuk dirinya sendiri.

Dalam masa sama, seorang lagi anaknya, Aidil (Shahz Jaszle), masih belum mampu menerima Firzan semula dalam hidupnya selepas sekian lama menyimpan kebencian terhadap bapanya itu.

Sementara itu, Suri (Rita Rudaini) menjadi individu paling setia yang sentiasa berada di sisi Firzan dan menyimpan terlalu banyak rahsia gelap tentang lelaki tersebut. Namun apabila topeng mula retak dan semakin banyak rahsia terbongkar, siapakah sebenarnya yang sedang memanipulasi siapa?

Jiwa Seorang Pentaksub