Kerana Sayang Aku Tinggalkan (TV2)

Kerana Sayang Aku Tinggalkan

Saksikan telefilem Kerana Sayang Aku Tinggalkan akan disiarkan pada Rabu, 22 Julai pukul 9 malam di TV2 atau strim di RTMKlik.

Kerana Sayang Aku Tinggalkan

Waktu Siaran: Rabu, 22 Julai 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Pengarah: Faizal Ariff
Produksi: Atharizz Studio Sdn Bhd
Pelakon: Aqasha, Liyana Jasmay, Aishah Azman, Rusdi Ramli, Didie Alias, Afdlin Shauki

Sinopsis Kerana Sayang Aku Tinggalkan

Imran dan Airien sudah 8 tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata kerana Airien masih belum bersedia. Ini membuatkan Imran tertekan. Tambahan pula dengan sikap Airien yang kurang mengambil perhatian bab pengurusan rumah tangga seperti memasak, mengemas, membasuh baju dan lain-lain. Muncul Yana, yang baru kehilangan suaminya yang juga sahabat baik Imran. Imran mula mengambil berat tentang Yana dan berhasrat untuk melamarnya. Perkara ini sampai ke pengetahuan Airien dan membuatkan Airien tertekan dan mula menyerang Yana.