
Saksikan drama komedi 'Jutawan Ekspres 2' akan ditayangkan bermula 17 Julai 2026, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima. Juga boleh strim di Astro GO atau sooka.
Jutawan Ekspres 2
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 17 Julai 2026
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Saluran: Astro Ceria (611), Astro Prima (105)
Platform Penstriman: Astro GO / sooka
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin & Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi: Kl Motion Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Rashidi Ishak sebagai Yunoh
Elly Mazlein sebagai Yusni
Azhar Sulaiman sebagai Dato Kadir
Sazzy Falak sebagai Datin Maimon
Bell Ngasri sebagai Amir
Azhan Rani sebagai Datuk Nino
Alyssa Dezek sebagai Cik D
Puteri Rafasya sebagai Yanti
Sufi Nur Imaan sebagai Yuyu
Samsuri Shahrom sebagai Atok
Qistina Khaled sebagai Natasya
Kim Azzim sebagai Yazid
Kimberly Chuah
Sinopsis Jutawan Ekspres 2
Yusni (Elly Mazlein) dan Yunoh (Rashidi Ishak) kembali dengan tekad baharu untuk menjadi jutawan. Namun, seperti sebelumnya, perjalanan mereka tidak semudah yang disangka apabila mereka terjebak dalam satu peluang pelaburan yang meragukan. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya telah menjadi mangsa sebuah skim mencurigakan yang mungkin mempunyai kaitan dengan Amir (Bell Ngasri), seorang lelaki yang selama ini mereka percaya telah lama meninggal dunia.
Dalam masa yang sama, jiran mereka, Datuk Kadir (Azhar Sulaiman) dan isterinya, Datin Maimon (Sazzy Falak), memainkan peranan penting dalam membantu menyelamatkan rumah tangga Yusni dan Yunoh yang mula menunjukkan tanda-tanda keretakan. Ketika berdepan pelbagai cabaran dan dugaan, pasangan itu perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah kewangan serta mengukuhkan kembali hubungan mereka sebelum keadaan menjadi semakin rumit.