Drama Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Nantikan siri Tonton Originals terbaharu 'Neraka Yang Terhijab' yang menyelami sisi gelap kehidupan apabila seorang anak sanggup mengorbankan dirinya demi keluarga. Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan Azri Izhar nukilan Liza Nur. Menampilkan lakonan Ezzanie Jasny, Lorenzo Irman dan Arfie Shah.

Neraka Yang Terhijab

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 4 Jun 2026
Waktu Siaran: Khamis - Ahad
Platform Penstriman: tonton
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ezzanie Jasny sebagai Adda
Lorenzo Irman sebagai Annas
Arfie Shah sebagai Zakwan
Qistina Rania sebagai Safarina
Lan Siro sebagai Malik
Malle Christian sebagai Tihani
Zarynn Min
 
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sedikit Cahaya
Penyanyi: Mariam Saim
Komposer & Lirik: Firdaus Rahmat, John Jeeves

Sinopsis Neraka Yang Terhijab

Mengisahkan Adda (Ezzanie Jasny), seorang pelajar universiti yang berjuang meneruskan kehidupan selepas wang biasiswanya disalahgunakan oleh bapanya sendiri, Malik. Dengan keadaan kewangan keluarga yang semakin meruncing, Adda terpaksa bekerja keras untuk menampung keperluan mereka. Namun, semakin kuat dia berusaha, semakin dia terjerumus ke dalam sisi kehidupan yang lebih gelap.

Segalanya berubah apabila Adda diperkenalkan kepada “The Floor,” dunia elit yang dipenuhi kemewahan, pesta dan manusia berpengaruh. Pada awalnya dia menolak, namun tekanan hidup akhirnya membuatkan dirinya memilih untuk menjalani kehidupan berganda sebagai wanita peneman kelas atasan demi wang.

Dalam masa sama, Adda turut terperangkap dalam konflik dua beradik tiri, Annas (Lorenzo Irman) dan Zakwan (Arfie Shah). Ketika Zakwan menggunakan dirinya demi memusnahkan adiknya sendiri, Annas pula mula melihatnya sebagai lebih daripada sekadar perempuan yang dipergunakan. Namun dalam dunia yang dipenuhi rahsia dan kepalsuan, masih adakah ruang untuk mereka diselamatkan?