
Saksikan telefilem Rumi Di Sebalik Jendela akan disiarkan pada Sabtu, 21 Mac pukul 10 malam di TV3.
Rumi Di Sebalik Jendela
Waktu Siaran: Sabtu, 21 Mac 2026, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: K.Adlie
Pengarah: Noorsyahida
Produksi: Ariz Capital Sdn Bhd
Pelakon: Erysha Emyra, MK-Clique, Amar Baharin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min
Sinopsis Rumi Di Sebalik Jendela
Rumi (MK K-Clique), seorang pereka kaligrafi yang bercita-cita tinggi, namun hidupnya berubah selepas kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh dan hilang kerjayanya. Sahabatnya Zafran (Amar Baharin) membawa Rumi menjalani pemulihan di pusat fisioterapi miliknya. Di situ, Rumi dibimbing oleh Mira (Erysha Emyra), tunang kepada Zafran tanpa pengetahuannya. Hubungan mereka yang pada awalnya tegang bertukar rapat, hingga timbul perasaan cinta. Namun segalanya menjadi rumit apabila Rumi mengetahui status sebenar Mira.