Hello Suri (TV3)

Hello Suri

Saksikan telefilem komedi seram 'Hello Suri' lakonan Black Hanifah, Syazwan Zulkifly dan Sophia Albarakbah pada 27 April ini, Khamis pukul 2 petang di TV3.

Hello Suri

Waktu Siaran: Khamis, 27 April 2023, 2:00 petang
Rangkaian: TV3 / tonton
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pelakon: Black Hanifah, Syazwan Zulkifly, Sophia Albarakbah, Nadia Brian, Usop Wilcha, Fauzi Nawawi, Wanns Ahmad, Dayang Areeda

Sinopsis Hello Suri

Amir, seorang pemuda kampung yang sering bernasib malang telah dibuang dari kampungnya. Dia juga terpaksa memutuskan hubungan dengan Juwita. Ketika dalam perjalanan, Amir menemui telefon bimbit yang masih berfungsi dengan baik. Suri, pemilik telefon itu yang dikatakan telah meninggal dunia muncul di hadapan Amir dan Usin dan berjanji akan memenuhi impian mereka.