
Nantikan drama bersiri Luka Di Hujung Setia bakal mengisi slot Akasia TV3 mulai 2 Jun 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama 28 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd diarahkan oleh Raja Mukhriz. Menggandingkan Dato' Adi Putra dan Zara Zya sebagai pelakon utama selain turut dibintangi Irfan Zaini, Cahaya Nilam, Angella Joliey dan Puteri Khareeza. Drama ini boleh distrim lebih awal selama 24 jam di platform Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.
Luka Di Hujung Setia
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2 Jun 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip: Raja Azidah Raja Jaafar
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Watak Pelakon
Adi Putra sebagai Irsyad
Zara Zya sebagai Dhia
Irfan Zaini sebagai Faris
Cahaya Nilam sebagai Zulin
Dhia Adreyana sebagai Aira
Angella Joliey sebagai Nuha
Puteri Khareeza sebagai Sally
Lisdawati sebagai Mak Ani
Izzul Faiq sebagai Razlan
Sinopsis Luka Di Hujung Setia
Mengisahkan Dhia (Zara Zya), seorang isteri dan ibu, nekad meninggalkan kampung halaman demi membantu suaminya, Irsyad (Dato’ Adi Putra) yang kehilangan kerja tetap dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang sambil menanggung hutang adiknya. Demi memastikan keluarga mereka terus bertahan, Dhia sanggup berjauhan daripada anak dan keluarga buat pertama kali demi mencari kehidupan yang lebih baik.
Dalam masa sama, Irsyad pula merelakan isterinya berhijrah walaupun keputusan itu sedikit demi sedikit mula menguji ketahanan rumah tangga mereka. Namun tanpa diduga, kehidupan Dhia di ibu kota mula berubah apabila dia semakin rapat dengan pengurus projeknya, Faris (Irfan Zaini), yang banyak membantunya ketika berdepan tekanan hidup, tanpa menyedari lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin dengan Nuha (Angella Joliey).
Hubungan yang pada awalnya sekadar persahabatan akhirnya bertukar menjadi punca keretakan antara Dhia dan Irsyad. Selepas rumah tangga mereka musnah, Irsyad terpaksa membesarkan anak mereka, Aira, seorang diri di kampung sambil memendam luka yang masih belum sembuh. Dalam pada itu, kehadiran Zulin (Cahaya Nilam), yang banyak membantu menguruskan Aira dan kehidupan Irsyad, perlahan-lahan membuka ruang baharu buat Irsyad untuk meneruskan hidup.