Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Pencipta Pegang Waktu

Saksikan telefilem khas sempena sambutan hari raya Aidiladha yang menggabungkan lima pelakon penerima Anugerah Skrin, bakal menemui penonton pada Jumaat (31 Julai 2020) jam 10:00 malam di TV3.

JUDUL : PENCIPTA PEGANG WAKTU 
WAKTU SIARAN : Jumaat, 31 Julai 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Aidiladha)
IDEA ASAL  : Que Haidar
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Zainorhisyam Samudin
PRODUKSI : Primeworks Studios, Gambo.TV
PELAKON : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir

SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU
Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'. Ayah mereka ialah bilal di kampung dan tegas dengan Zee dan Zaman tapi tak pernah marah dan tidak pula pernah suka Zee dipanggil begitu. Hanya ibu yang memahami. Selepas ibu meninggal dunia, Zee rasa kehilangan yang menyeksanya. Dia hilang tempat berlindung. Zee mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung dari arwah ibu. Zee ingin bekerja di bandar dan mahu berjaya dengan bakatnya. Zaman kecewa melihat keadaan adiknya yang tidak pernah berubah dan semakin lembut. Zee cuba fahamkan abangnya tapi Zaman tak terima. Ibu sudah tiada dan ayahnya banyak memendam perasaan. Zee membawa diri ke bandar. Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.


Pencipta Pegang Waktu

Pencipta Pegang Waktu