Filem Nar'sata: Sekutu Setan

Narsata Sekutu Setan

Saksikan filem seram bertajuk 'Nar’sata: Sekutu Setan yang diarahkan oleh Pierre Andre bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei 2026. Filem terbitan MIG Pictures Sdn Bhd ini menampikan barisan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair, Fadlan Hazim dan ramai lagi.

Nar'sata: Sekutu Setan

Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2026
Lakon Layar: Pierre Andre
Pengarah: Pierre Andre
Produksi: MIG Pictures Sdn Bhd 

Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Balqis
Mawar Rashid sebagai Wati
Khenobu sebagai Cai
Fadlan Hazim sebagai Alif
Aniq Suhair sebagai Fir
Khatijah Tan sebagai Nek Bayu
Namron sebagai Sariman
Dai Fuad sebagai Duka
Imranul Effendy sebagai Ben
Wan Hanafi Su sebagai Kyai Sidiq
Vanida Imran sebagai Ibu Mun
Asyraf Muslim sebagai Umar

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Mantra
Penyanyi: Yuka Kharisma
Komposer: Farouk Roman
Lirik: Senna

Sinopsis Nar'sata: Sekutu Setan

Mengisahkan Balqis (Trisha Ooi), seorang gadis yang melalui kehidupan penuh penderitaan, selepas ditinggalkan oleh ibunya.

Balqis tinggal bersama-sama ayahnya, Sariman (Namron) yang sering mendera secara fizikal dan emosi sejak remaja. Hidupnya yang sudah gelap menjadi semakin tragis apabila dia dibawa ke sebuah pesta persendirian  di sebuah banglo mewah, kepunyaan Alif (Fadlan Hazim).

Di situ, Balqis berdepan satu kejadian hitam yang menghancurkan diri sepenuhnya. Dia ditinggalkan dalam keadaan nazak di tebing sungai. Balqis diselamatkan oleh seorang wanita tua misteri bernama Nek Bayu (Khatijah Tan). Wanita itu membawanya ke sebuah rumah pemujaan dan menawarkan pertolongan dengan cara luar biasa.

Trauma dan penderitaan yang dialami telah meninggalkan luka yang mendalam pada jiwa dan tubuh Balqis. Kesakitan yang lama terpendam mula mengubah dirinya menjadi seorang yang berbeza.

Dalam bayangan dendam dan bisikan kuasa gelap, satu demi satu kejadian aneh, dan gangguan mengerikan mula menimpa mereka yang pernah menganiayanya – Fir (Aniq Suhair), Ben (Imranul Effendi), Cai (Khenobu), Duka (Dai Fuad); Wati (Mawar Rashid), yang juga rakan baik dan jirannya; serta Alif dan Sariman sendiri.

Kemunculan Kyai Sidiq (Wan Hanafi Su), setelah Umar (Ashraf Muslim) yang gagal mengubati Wati (anak saudaranya) cuba merungkai misteri yang menyelubungi peristiwa-peristiwa tersebut. Walau bagaimanapun, kuasa yang sedang bangkit tidak mudah untuk ditentang.

Dalam dunia yang dipenuhi dendam, kegelapan dan kuasa luar biasa, persoalannya - adakah pembalasan mampu mengembalikan keadilan, atau hanya membawa kehancuran yang lebih dahsyat?

Video thumbnail