
Saksikan Tonton Original Series, Puteri Kembang Malam sebuah drama seram psikologi yang menggabungkan elemen misteri, trauma, manipulasi agama serta perjuangan seorang wanita berdepan kejahatan yang berselindung di sebalik kepercayaan. Diarahkan oleh Osman Ali dan Izuan Mokhtar, naskhah ini menampilkan barisan pelakon Fasha Sandha, Amylia Aidura, Chacha Maembong, Arena Wan, Ariana Yusof, Zairi Aziz dan Badron Munirah. Puteri Kembang Malam bakal bersiaran secara eksklusif di tonton bermula 22 Ogos h2026, setiap Sabtu dan Ahad, jam 12.00 tengah malam.
Puteri Kembang Malam
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2026
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad
Platform Penstriman: Tonton
Skrip: Marrvelous Studio, Marr Mohamad, Irwan Mansor, Nurul Hazrina Mazlan
Pengarah: Osman Ali & Izuan Mokhtar
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Watak Pelakon
Fasha Sandha sebagai Ustazah Ayuni
Amylia Aidura sebagai Aina
Chacha Maembong sebagai Maya
Ariana Yusof sebagai Erin
Arena Wan sebagai Julia
Zairi Aziz sebagai Angga
Badron Munirah sebagai Faheem
Eizlan Yusof sebagai Lung Fatih
Ako Mustapha sebagai Halim
Shahronizam sebagai Johari
Aleza Shadan sebagai Masitah
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Wak Semput
Soo Wincci sebagai Christine
Syazuwan Hassan sebagai Ustaz Hidayah
Lia Natalia sebagai Kak Dewi
Ebi Kornelis sebagai Pak Budi
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Dakapanku
Artis: Mary Grace, Mariam
Komposer & Lirik: Hafiz Hamidun, Aiman Sidek
Sinopsis Puteri Kembang Malam
Mengangkat latar sebuah pusat peranginan terpencil di Sabah, kisahnya bermula apabila Aina (Amylia Aidura), Erin (Ariana Yusof), Maya (Chacha Maembong) dan Julia (Arena Wan) menyertai sebuah ‘Program Pulih Jiwa’ yang dikendalikan oleh Ustazah Ayuni (Fasha Sandha).
Berbekalkan harapan untuk mencari ketenangan dan memperbaiki kehidupan masing-masing, mereka sebaliknya disambut dengan pelbagai kejadian aneh. Di bawah bimbingan dan perwatakan Ustazah Ayuni yang dilihat begitu tenang serta warak, pelbagai amalan penyucian jiwa dijalankan.
Namun gangguan misteri, kehilangan tanpa jejak di samping penemuan rahsia kelam mula menghantui mereka. Sedikit demi sedikit, apa yang berlaku di resort tersebut menimbulkan persoalan tentang niat sebenar di sebalik program berkenaan.
Dalam usaha mencari jawapan, Aina turut berdepan trauma silam yang masih menghantui dirinya. Apa yang pada awalnya kelihatan seperti gangguan mistik akhirnya membawa kepada persoalan yang jauh lebih besar tentang punca sebenar segala kejadian yang berlaku.