
Saksikan drama Reset Jalan Kedua, yang bakal mengisi slot Lestary TV3 mulai 30 Oktober 2026, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam. Drama terbitan Anomalous Films arahan Fairul Nizam Ablah. Mengangkat tema perjuangan anak muda yang dibayangi prasangka - membuktikan bahawa masa silam tidak menentukan masa depan. Dibintangi oleh Lorenzo Irmann, Amylia Aidura, Idan Aedan, Ellyza Aziera dan Maxximus Towle. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal menerusi tonton.
Reset Jalan Kedua
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2026
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Idea / Skrip: Amar Amir, Mamuvies, Fairul Nizam Ablah
Pengarah: Fairul Nizam Ablah
Produksi: Anomalous Films
Watak Pelakon
Lorenzo Irmann sebagai Rudy
Amylia Aidura sebagai Mira
Idan Aedan sebagai Khairy
Ellyza Azizi sebagai Alia
Maxximus Towle sebagai Amri
Sharifah Zarina sebagai Salmah
Arash Mohd sebagai Dahlan
Adriana Adnan sebagai Puan Suhana
Edika Yusof sebagai Encik Sharif
Azhar Amir sebagai Dekan
Arfie Shah sebagai Kamal
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jalan Terus
Penyanyi: Ameerais
Komposer: Qeem Roslan, Hazeeq Azhar
Lirik: Emeer Bakri, Amsyar Razqa, Qeem Roslan
Sinopsis Reset Jalan Kedua
Mengisahkan Rudy (Lorenzo Irman), bekas pelajar juvana berusia 18 tahun yang bertekad membina kehidupan baharu selepas dibebaskan. Walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej dalam bidang kejuruteraan, perjalanan Rudy tidak semudah yang diharapkan.
Meskipun dekan kolej berjanji untuk merahsiakan status silamnya, Rudy tetap berdepan sikap skeptikal segelintir pensyarah serta tentangan daripada Khairy (Idan Aedan), seorang pelajar yang sering menggunakan pengaruh dan kedudukan bapanya untuk membuli serta menggugat ketenangan Rudy.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Khairy mendedahkan identiti sebenar Rudy kepada seluruh warga kolej. Rudy bukan sahaja dipulaukan, malah sering menjadi mangsa fitnah dan dituduh atas pelbagai masalah yang berlaku. Ketika berdepan pelbagai tekanan, Amri (Maxximus Towle), sahabat baiknya, tetap setia berada di sisi dan memberikan sokongan.
Dalam pada itu, Rudy turut mengenali Mira (Amylia Aidura), seorang pelajar cemerlang yang pada awalnya menganggapnya sebagai pesaing akademik, serta Alia (Ellyza Aziera). Namun, kejujuran, kegigihan dan keteguhan Rudy akhirnya membuka mata Mira untuk menjadi antara individu yang menyokong perjuangannya.
Daripada tuduhan mencuri hingga ancaman petisyen penyingkiran dan konspirasi yang dirancang untuk menjatuhkannya, Rudy terpaksa berjuang membersihkan nama serta mempertahankan haknya untuk mendapatkan peluang kedua.