Sinopsis filem Mencari Ramlee

Mencari Ramlee

Nantikan filem fiksyen inspirasi daripada kisah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Mencari Ramlee bakal menjengah pawagam pada 19 Jun 2025. Filem arahan Megat Sharizal ini berlatar masa sekitar era 1970-an yang mengetengahkan kisah selepas pemergian seniman agung itu. Filem ini dibintangi oleh Tony Eusoff, Sofia Jane, Mimi Lana dan Megat Sharizal dengan penampilan khas Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.
 

Mencari Ramlee

Tarikh Tayangan: 19 Jun 2025
Penulis Skrip: Lepat Hafiz, Megat Sharizal
Pengarah: Megat Sharizal
Produksi: Playground Film Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Tony Eusoff sebagai Zakaria
Sofia Jane sebagai Zaiton
Mimi Lana sebagai Yasmin
Megat Sharizal sebagai Yusuf
Han Zalini sebagai Salleh
Abi Madyan sebagai Joned
Azhan Rani sebagai Amran

Sinopsis Mencari Ramlee

Berlatarbelakangkan 30 Mei 1973, sehari selepas kematian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, mengisahkan tentang Zakaria, seorang peniru gaya (impersonator) P. Ramlee yang mempunyai masalah kewangan dan mempunyai kesukaran untuk mendapat kerja kerana populariti P. Ramlee yang sudah merudum ketika itu.

Zakaria juga mempunyai seorang adik iaitu Yasmin yang masih belajar di Universiti. Untuk menyara kehidupan mereka, Zakaria terpaksa berhutang dengan seorang gangster tempatan iaitu Yusuf.

Satu hari, Zakaria dibawa ke rumah Yusuf untuk menyelesaikan hutang-hutangnya, namun di situ dia bertemu kakak kepada Yusuf iaitu Zaiton. Zaiton yang menghidapi penyakit amnesia, berfikiran bahawa dia masih lagi hidup dalam tahun 50 an.

Zaiton menyangkakan bahawa Zakaria adalah P. Ramlee yang sebenar. Lalu Yusuf menggunakan peluang itu untuk membahagiakan kakaknya. Zakaria harus berlakon menjadi P.Ramlee dan segala hutang piutangnya langsai. Dengan berat hati, Zakaria bersetuju.