
Saksikan telefilem khas Hari Guru berjudul 'Janji Dengan Cikgu' akan disiarkan pada 19 Mei ini, Isnin pukul 9 malam di TV2.
Janji Dengan Cikgu
Waktu Siaran: Isnin, 19 Mei 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Muhammad Faiz Ramli
Produksi: Rezqie Global Sdn Bhd
Pelakon: Azwan Kombos, Jay Iswazir, Muhammad Hadi Putra, Adam Shah, James A/L Arokisamy, Zarina Raja Lawak, Fadzil Abdul Aziz, Melia Amelia, Dato Amin Khan
Sinopsis Janji Dengan Cikgu
Cikgu Azril (30 tahun) menerima arahan dipindahkan ke sebuah sekolah di perkampungan orang asli dengan hati yang terbuka. Keluarganya yang memiliki perniagaan sendiri meminta Azril membuat rayuan malah tunangnya juga menyalahkan Azril kerana melambatkan perkahwinan mereka dahulu. Akibatnya Azril dipindahkan ke pendalaman kerana masih bujang. Azril menolak semua dakwaan itu. Baginya sebagai seorang penjawat awam apatah lagi seorang guru, tidak seharusnya dia memilih-milih anak murid untuk mengajar. Peluang menimba pengalaman mengajar anak orang asli seharusnya dijadikan cabaran.