K-drama Terhebat di Astro November ini

Pada November ini, pelanggan Astro boleh menantikan tayangan perdana K-drama terbaharu, menampilkan adegan percintaan, komedi, misteri menyeramkan dan muzikal di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD) dan ONE (Saluran 393 HD). Pelanggan juga boleh strim episod-episod yang disediakan di Astro GO dan On Demand selepas ditayangkan di TV.

Secret Royal Inspector & Joy

Secret Royal Inspector & Joy
- Bermula 9 November, Selasa & Rabu, 9.15 malam 
- tvN (Saluran 395 HD)
- Disediakan di On Demand & Astro GO 
- Drama misteri, menampilkan Ok Taecyeon, Kim Hye-Yoon dan Jae-Kyoon Lee

Sinopsis:
Sebuah drama komedi dan sejarah tentang seorang ejen rahsia yang bijak tetapi pemalas, dan seorang wanita yang telah bercerai, wanita ini berpegang teguh dengan kepercayaan yang mendahului zamannya, sambil mencari kebahagiaan sendiri.

The Red Sleeve

The Red Sleeve
- Bermula 13 November, Sabtu & Ahad, 7.50 malam 
- Oh!K (Saluran 394 HD)
- Drama percintaan dan sejarah Korea, dibintangi Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa

Sinopsis:
Berkisahkan di abad ke-18, 'The Red Sleeve' mengisahkan cinta antara Raja Jeongjo dan gundik diraja, Uibin Sung. Sung Deok Im ialah seorang wanita yang bekerja di mahkamah. Dia mendekati Putera Mahkota Lee San dan jatuh cinta padanya. Putera Mahkota akhirnya menjadi Raja Jeongjo. Dia mahu Sung Deok Im menjadi gundiknya, tetapi di tolak. 

Sung Deok Im mahu menjalani kehidupan bebas, sesuatu yang tidak mungkin berlaku untuk seorang gundik. Dia juga tahu bahawa kehidupan gundik diraja pada umumnya tidak membawa kebahagiaan. Namun, Sung Deok Im menjadi gundik kepada Raja Jeongjo.

Show Window The Queen's House

Show Window: The Queen’s House
- Bermula 30 November, Selasa & Rabu, 9.15 malam 
- K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD)
- Drama percintaan yang menyeramkan, membariskan Song Yoon-Ah, Lee Sung-Jae, Hwang Chan-Sung

Sinopsis:
Kisah seorang wanita yang menyokong hubungan sulit wanita lain, tanpa mengetahui bahawa wanita itu bersama suaminya sendiri. Han Sun-joo ialah seorang wanita sempurna yang memiliki segalanya – kecantikan, kebijaksaan dan kekayaan. Dia membantu suaminya, Shin Myung-seob, ketika dia berusaha membina kerjaya di syarikat milik ibunya, dan membesarkan anak-anak mereka sebaik mungkin. 

Myung-seob ialah seorang Putera di zaman moden yang hidupnya berubah selepas berkahwin. Dia seorang lelaki yang baik dan berbakti kepada keluarganya, sehingga dia mula merasakan tarikan yang kuat terhadap wanita lain.

Let Me Be Your Knight

Let Me Be Your Knight
- Bermula 14 November, Ahad, 7.10 malam 
- ONE (Saluran 393 HD)
- Disediakan di On Demand & Astro GO 
- Drama komedi dan muzikal Korea, menampilkan Lee Jung Young, Jung In Sun

Sinopsis:
Yoon Tae In (Lee Jun-Young) ialah ketua kumpulan idola terkenal, LUNA. Dia seorang pemuzik genius dan sangat disenangi oleh peminatnya di seluruh dunia. Bagaimanapun, Tae In mengalami masalah berjalan semasa tidur (sleep walking). In Yoon Joo (Jung In-Sun), mempunyai personaliti baik dan merupakan seorang pemandu pelancong bagi golongan tua. Selepas kejadian yang tidak dijangka, dia menjadi doktor bersama kumpulan LUNA dan berpindah ke asrama di mana dia bertemu dengan empat ahli lain dan cuba merawat Tae Lin yang mempunyai masalah berjalan semasa tidur.

Melancholia

Melancholia
- Bermula 11 November, Khamis & Jumaat, 9.15 malam 
- K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD) 
- Disediakan di On Demand & Astro GO
- Drama percintaan Korea, dibintangi Lee Do-Hyun

Sinopsis:
Kisah seorang guru matematik dan seorang pelajar yang pandai dalam mata pelajaran matematik di sebuah sekolah swasta yang bermasalah, namun menerima layanan istimewa. Ji Yoon-soo ialah seorang guru matematik di sebuah sekolah menengah swasta. Dia seorang guru romantik yang menggalakkan pelajarnya mencari jawapan mereka sendiri dan membuktikan kebolehan pelajarnya. 

Baek Seung-yoo ialah seorang pelajar di sekolah itu. Dia menduduki tempat terakhir dalam akademik di sekolah, tetapi mempunyai masa lalu yang disembunyikan. Pernah menjadi pelajar genius matematik yang memenangi beberapa pertandingan Olimpik matematik, Seung-yoo memasuki MIT pada usia 10 tahun, tetapi tercicir 2 tahun kemudian dan hilang dari radar.