
Nantikan filem 'Tiket Sehala' mengangkat isu sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia. Filem terbitan Key Billions Sdn Bhd, yang dirahkan oleh Rahila Ali. Dibintangi oleh Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Ardell Aryana, serta barisan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand, dan Indonesia. Filem Tiket Sehala bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos 2026.
Tiket Sehala
Genre: Thriller, Survival
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2026
Skrip: Rahila Ali
Lakon Layar: Zarina Omar, Amirul Haswendy, Rahila Ali
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Key Billions Sdn Bhd
Watak Pelakon
Noki K-Clique sebagai Alif
Jaa Suzuran sebagai Taqy
Ainee Mustafa sebagai Putri
Sharifah Sakinah sebagai Kak Sal
Zaki Yamani sebagai Boy
Hasnul Rahmat
Sheila Hassan
Fancy Goh
Wafiy Ilham
Hyun-Jun Seok
Ha Ju Young
Tak Teuin
Si Yeol
Shin Hyeon Kyu
Aphisit Usadee (Ninja)
Naufal Samudra Weichert
Saha Champ
Sinopsis Tiket Sehala
Mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan ketika mencari rezeki di Korea Selatan. Tanpa menyangka tawaran tersebut membawa kepada situasi berbahaya, mereka terperangkap dalam keadaan yang mengubah kehidupan dan memaksa mereka membuat keputusan sukar demi menyelamatkan diri.
Alif, Putri dan Taqy adalah mangsa dalam kerakusan sindiket yang mengambil kesempatan atas keterdesakan hidup manusia.
