Filem Mojoku Hilang

Mojoku Hilang

Filem Mojoku Hilang! tampil sebagai sebuah naskhah romantik komedi yang menggabungkan elemen cinta, harapan, pengorbanan dan realiti kekuatan kehidupan komuniti kampung yang sentiasa ada untuk satu sama lain.  Realiti ini menjadi refleksi masa kini yang semakin berubah, di mana nilai kebersamaan tidak sekuat dahulu.

Bagi mengimbangi emosi jalan cerita, naskhah jujur ini dikukuhkan dengan elemen humor menerusi setiap karakter serta watak ikonik, Mojo, iaitu seekor lembu yang digambarkan sebagai pempengaruh terkenal yang hilang diculik.

Filem ini diarahkan oleh Min Lim, diterbitkan oleh Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan ARGO Films. Menampilkan gandingan sulung Mimi Lana (Polong, Mencari Ramlee, The Experts) bersama hero dari seberang, Adipati Dolken (Sang Kiai, Posesif, Teman Tapi Menikah).

Saksikan filem Mojoku Hilang! di pawagam seluruh negara bermula 23 Julai 2026.

Mojoku Hilang!

Genre : Romantik Komedi
Tarikh Tayangan : 23 Julai 2026
Cerita Asal : Min Lim
Skrip : Honey Ahmad, Amsalan Doraisingam, Chi-ren Choong
Pengarah : Min Lim
Produksi : Double Vision Sdn Bhd
Dengan Kerjasama : Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories, Argo Films

Watak Pelakon
Adipati Dolken sebagai Adi
Mimi Lana sebagai Ayu
WAN Hanafi Su sebagai Atan
Namron sebagai Jusoh
Aziz M. Osman sebagai Sani
Farah Ahmad sebagai Bibah
Dato A. Tamimi Serigar sebagai Hassan
Gambit Saifullah sebagai Pian
Tony Eusoff sebagai Dato’
Haeriyanto Hassan sebagai Daud
Seha Monica sebagai Midah
Ayu Azlina sebagai Nab
Atilia Haron sebagai Dangdut Diva
Alif Satar And The Locos sebagai Themselves

Lagu Tema (OST)
Lagu: Inikah Cinta
Artis: Alif Satar & The Locos
Komposer: Daniel Saba
Arranged By: Tam Cobain

Lagu: Mulanya Disini
Artis: Mimi Lana
Komposer: Syed Haron Ahmad, Royston Santa Maria
Arranged By: SAM Anderson

Sinopsis Mojoku Hilang

Apabila sebuah kampung di Perlis 'menculik' seekor lembu viral demi menghalang pengambilalihan korporat, pengurus licik Adi terpaksa menyamar. Berlakon inginkan kehidupan yang tenang, misi sebenar Adi adalah meraih kepercayaan penduduk, membolot tanah mereka, dan menyeludup Mojo kembali ke KL. Namun, keadaan menjadi haru-biru apabila Adi tanpa sengaja jatuh hati pada gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya. Dengan penipuannya yang menanti masa untuk terbongkar, mampukah Adi menyelamatkan kerjayanya, atau adakah dia akhirnya menemui jiwa asalnya di kampung tersebut?

Adi, pekerja korporat di Moo Magic Farms yang berjaya melonjakkan jualan syarikat melalui lembu tular bernama Mojo, terpaksa menyamar di Kampung Semerah Padi (KSP) selepas lembu kesayangannya itu diculik oleh Atan, seorang peladang yang enggan menjual tanahnya demi menentang monopoli syarikat tersebut. Namun, rancangan Adi untuk memujuk penduduk kampung bertukar menjadi huru-hara apabila dia akhirnya jatuh hati dengan ketenangan hidup di desa serta anak perempuan Atan, Ayu. Kini, Adi berdepan dilema besar untuk memilih antara kerjaya impiannya atau apa yang sebenarnya dia perlukan dalam hidup.

Video thumbnail