
Saksikan filem romantik komedi 'Kata Hati' ditayangkan di pawagam mulai 4 Jun 2026. Filem arahan Nadiah Hamzah ini bukan sekadar memaparkan kisah cinta, sebaliknya turut menyelami sisi kehidupan sebenar seorang selebriti popular di sebalik dunia glamor yang sering menjadi perhatian ramai.
Kata Hati
Genre: Romantik, Komedi
Tarikh Tayangan: 4 Jun 2026
Skrip: Honey Ahmad, Muhammad Bahir, Keeta Brennan
Pengarah: Nadiah Hamzah
Produksi: Wayangworks Sdn Bhd, Filmscape Sdn Bhd
Watak Pelakon
Nia Atasha sebagai Ayra Natasha
Yusof Hashim sebagai Imran Firdaus
Fazziq Muqris sebagai Zayn Mikhail
Scha Al-Yahya sebagai Maya
Taqim Zaki sebagai Khalil
Norreen Iman sebagai Kak Long Latifah
Sinopsis Kata Hati
Mengisahkan Ayra Natasha (Nia Atasha), seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan menjadi perhatian ramai selepas membintangi filem aksi berskala besar bersama teman lelakinya yang juga pelakon terkenal, Zayn Mikhail (Fazziq Muqris).
Namun, kehidupan sempurna yang dibinanya mula retak selepas terpalit dengan satu insiden memalukan yang tular pada malam pencalonan sebuah anugerah berprestij.
Di tengah kekecohan itu, Ayra bertemu Imran Firdaus (Yusof Hashim), seorang pemandu e-hailing yang langsung tidak terpengaruh dunia glamor selebriti.
Apabila gambar mereka tular di media sosial, Imran bersetuju dengan cadangan Maya (Scha Alyahya), kakak dan pengurus Ayra, untuk menjadi pemandu peribadi pelakon itu sepanjang 25 hari penggambaran.
Pertemuan tersebut akhirnya menumbuhkan bibit-bibit cinta apabila Ayra menemukan seseorang yang melihat dirinya sebagai manusia biasa, bukan sebagai selebriti.
Namun, Ayra terpaksa membuat pilihan antara cinta tulus bersama Imran atau meneruskan hubungan dengan Zayn yang menawarkan kehidupan penuh kemewahan dan populariti.