
Nantikan drama Saat Aku Tahu (The Moment I Knew) sebuah drama psikologi romantik yang menggabungkan elemen cinta, pengkhianatan dan dendam. Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan Riza Baharudin. Menampilkan pelakon utama Anna Jobling, Ummi Nazeera dan Hisyam Hamid. Saat Aku Tahuakan mula ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 6 November 2025, episod baru setiap Khamis dan Jumaat. Muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery, TV Pintar atau layari www.viu.com.
Saat Aku Tahu
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 6 November 2025
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12 tengah hari
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Adila Ramly & Liza Nur
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Anna Jobling sebagai Ameena
Ummi Nazeera sebagai Maira
Hisyam Hamid sebagai Zarif
Luqman Hafidz sebagai Harris
Eizlan Yusof sebagai Zaidi
Quinneyra Alyssha sebagai Airis
Haeriyanto Hassan sebagai Isyam
Nik Rifaie sebagai Chaen
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Kemaafan Dendam Yang Terindah
Penyanyi: Ara Johari
Lirik: Roslan Ariffin & Habsah Hassan
Sinopsis Saat Aku Tahu
Mengisahkan tentang Ameena (Anna Jobling), seorang isteri setia yang hidupnya musnah apabila mengetahui suaminya Zarif (Hisyam Hamid) menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baiknya sendiri, Maira (Ummi Nazeera).
Pengkhianatan itu mengubah Ameena menjadi wanita dingin yang berazam membalas dendam. Namun apabila Maira enggan mengalah, pertarungan emosi mereka bertukar menjadi perang psikologi berbahaya yang mampu menghancurkan sesiapa sahaja di sekeliling mereka.