Bisikan Qarin

Bisikan Qarin

Saksikan telefilem 'Bisikan Qarin' sebuah kisah seram psikologi yang mengetengahkan pertentangan antara logik, kepercayaan dan keimanan manusia dalam menghadapi ujian hidup. Diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Bisikan Qarin bakal menemui penonton pada Ahad, 9 November 2025, jam 9.00 malam di TV AlHijrah. Tayangan awal di AlHijrah Plus (AH+) bermula 6 November 2025.

Bisikan Qarin

Waktu Siaran: Ahad, 9 November 2025, 9.00 malam
Rangkaian: TV Alhijrah
Pengarah: Ayie Mustafa
Produksi: Sha’s Media Sdn. Bhd

Watak Pelakon
Ashraf Muslim sebagai Dr. Hilal
Nadiya Nisaa sebagai Puan Husna
Intan Ladyana sebagai Salmah
Fezrul Khan
Firman Uzair 
Rashidah Jaafar

Sinopsis Bisikan Qarin

Mengisahkan tentang Dr. Hilal yang berpindah ke kampung bersama keluarganya. Namun, kedamaian yang diharapkan mula terganggu apabila isterinya, Puan Husna, merasakan rumah mereka dihantui unsur paranormal selepas terpengaruh dengan cerita pembantu rumah, Mak Zah.

Gangguan itu semakin menjadi-jadi sehingga Puan Husna hampir menjadi mangsa kepada seorang bomoh palsu, namun berjaya diselamatkan oleh Sarjan Salmah. Siasatan yang dijalankan akhirnya membongkar rahsia sebenar Mak Zah, seorang pengikut ajaran sesat yang menipu penduduk kampung.