
Syarikat produksi dari Sarawak, Faradale Media-M Sdn Bhd menghasilkan Azimat, sebuah filem seram psikologi yang menampilkan gabungan elemen mistik tempatan dan pergolakan emosi manusia. Filem arahan Kay Rezza Karim ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 27 November 2025.
Azimat
Genre: Seram psikologi
Tarikh Tayangan: 27 November 2025
Penulis Skrip: Kay Rezza Karim
Pengarah: Kay Rezza Karim
Produksi: Faradale Media-M Sdn Bhd
Watak Pelakon
Dee Dee Aine Peter sebagai Hanna
Heidi Abbyana sebagai Jasmine
Fadzril Afandy sebagai Dr. Roger Tiong
Rushdi Mornie Daud sebagai Encik Bonsu
Siti Sabariah Shaari sebagai Makcik tepi jalan
Shaun Bernardo Payabyab sebagai Bayi dalam bakul
Lucy Anak Lenjong sebagai Ibu Hanna
Wilfred Isaac Kang sebagai Bapa Hanna
Damieya Senrose Anak Steve Maxqueen sebagai Hanna kecil
Rahid Supardi sebagai Pemenang loteri
Fathma Hanna Mohammad Shairi sebagai Hantu kanak-kanak
Joyce Chan Shew Ting sebagai Hantu
Joachin Then Tze Wun sebagai Paderi
Sinopsis Azimat
Mengisahkan Hanna, seorang wanita yang dihantui trauma masa silam dan nasib malang yang tak pernah berhenti. Dalam usahanya mencari perlindungan, dia bertemu bomoh Iban yang memberinya rantai azimat yang kononnya pembawa tuah.
Namun, di sebalik ‘tuah’ itu tersembunyi kegelapan yang perlahan-lahan menguasai jiwanya.
Adakah azimat itu pelindung atau sumpahan sebenar?
