Drama Toksik Cinta

Toksik Cinta

Nantikan Tonton Original Series berjudul Toksik Cinta, sebuah naskhah terbaharu karya Erma Fatima yang membongkar sisi gelap cinta dalam dunia glamor hiburan. Drama 30 episod ini disutradarai oleh Pali Yahya. Dibarisi pelakon seperti Riena Diana, Aqasha, Keith Foo, Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Esma Daniel dan Izzue Islam. Saksikan Toksik Cinta ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Oktober 2025 eksklusif hanya di Tonton.

Toksik Cinta

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Skrip: Erma Fatima
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Rumah Karya Citra

Watak Pelakon
Riena Diana sebagai Karmila
Aqasha sebagai Alfi
Keith Foo sebagai Amsyar
Cristina Suzanne sebagai Farhana
Dayang Areeda sebagai Eez
Ruzana Ibrahim sebagai Anggun
Tony Eusoff
Esma Daniel
Izzue Islam

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Fantasia
Penyanyi: Jimi

Sinopsis Toksik Cinta

Kisah bermula dengan Alfi (Aqasha), seorang pengarah filem terkenal yang jatuh cinta dengan Karmila (Riena Diana), seorang pempengaruh dan pelakon muda yang semakin meningkat naik. Percintaan mereka bermula indah dan berakhir di jinjang pelamin, namun kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila Karmila memfailkan penceraian setelah mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan. Dibantu oleh peguamnya, Amsyar (Keith Foo), Karmila membawa kes tersebut ke mahkamah dan membuka kisah sebenar yang dipenuhi rahsia, manipulasi dan permainan emosi.