
Nantikan drama bersiri baharu berjudul Me.N.U yang bakal menemui penonton mulai 11 September 2025 pada setiap Isnin dan Khamis. Drama arahan Faliq Sharif ini menampilkan gandingan Nabila Razali dan Andi Bernadee sebagai teraju utama. Strim Tonton Original Series: Me.N.U melalui tonton.com.my atau aplikasi tonton.
Me.N.U
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 11 September 2025
Hari Siaran: Isnin & Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Skrip: Adza Emie
Pengarah: Faliq Sharif
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd
Watak Pelakon
Andi Bernadee sebagai Ahmad Haris
Nabila Razali sebagai Lisa Amanda
Puteri Awani sebagai Alya Nova
Hariz Hamdan sebagai Edie
Natasya Mahyan
Louisa Alissa Chong
Ako Mustapha
Noniswara
Lagu Tema (OST)
Tajuk:Esok
Penyanyi: Fahimi Rahmat & Firdaus Rahmat
Komposer & Lirik: Fahimi Rahmat & Firdaus Rahmat
Sinopsis Me.N.U
Mengisahkan Lisa (Nabila Razali), seorang wanita muda dengan cita-cita tinggi untuk bergelar chef. Namun, hidupnya tidak pernah mudah. Tekanan dari keluarga yang tidak menyokong impiannya ditambah pula dengan cabaran di tempat kerja membuatkan jalan yang dilaluinya semakin berliku. Lisa yang dikenali sebagai seorang yang berani tampil ke hadapan terpaksa berdepan krisis besar apabila kerjayanya sebagai chef tergugat setelah dia cuba membela seorang rakan sekerja yang dibuli. Dari situlah bermulanya rentetan peristiwa yang penuh emosi dan konflik.
Dalam usaha Lisa untuk membuka restoran impiannya, dia memerlukan sokongan kewangan. Namun hasratnya terkubur apabila permohonan pinjaman banknya ditolak oleh Haris (Andi Bernadee), seorang pegawai bank yang terkenal dengan sikap tegas. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan – ibarat anjing dan kucing yang tidak pernah sebulu. Namun, takdir punya aturan. Pertelagahan yang bermula dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih mendalam.
Dalam pada itu, Haris sendiri sebenarnya sedang merancang untuk melamar kekasihnya, Alya Nova (Puteri Awani), seorang pempengaruh media sosial yang terkenal. Namun, rancangannya tidak kesampaian apabila berlaku satu kejadian yang menggugat hubungan mereka. Dari sinilah muncul dilema hati yang merumitkan. Pertengkaran Haris dan Lisa mula bertukar menjadi keakraban yang tidak disangka, membuka jalan kepada sebuah ikatan yang lebih mesra. Tetapi, persoalan besar tetap menghantui – antara cinta baharu, impian yang belum tercapai, dan keluarga yang masih menentang, yang manakah akan Lisa utamakan?